thaman musamma | harga disebut/harga tersurat | Perniagaan Islam | Tiada | Harga yang tersurat atau harga yang disebut semasa akad. Thaman musamma boleh menepati nilai sebenar, lebih rendah atau tinggi. Contohnya, harga yang disebut dalam akad lelongan atau harga yang tertera pada barangan di kedai. Dalam akad amanah seperti bai‘ murabahah, penjual dimestikan menyebut harga sebenar. |
papilionaceous | papilonasea | Botani | Tiada | Bentuk korola bunga zigomorfik yang menyerupai rama-rama. Satu petal besar di hadapan disebut standard, dua petal sisi disebut sayap dan dua petal di dalam yang bercantum di bawahnya disebut tunas. Contohnya, pada bunga kacang panjang. |
flower | bunga | Biologi | Ekologi | Organ pembiakan dalam angiosperma, yang terdiri daipada sepal, petal, stil, stamen dan karpel. Paksi disebut pudung. Jika semua bahagian bunga wujud, bunga disebut lengkap, jika satu daripadanya tiada, bunga disebut tidak lengkap. |
مهر المسمى | mas kahwin disebut | Agama Islam | Fiqh | Pemberian wajib yang disebut dalam akad nikah. |
bar cut | potongan bar | Perikanan | Tiada | Potongan yang dibuat pada bahagian mata pukat, yang disebut kaki. Setiap mata pukat mempunyai empat kaki dan empat ikatan atau titik. Potongan yang dibuat pada setiap kaki disebut potongan kaki dan potongan yang dibuat pada setiap ikatan disebut potongan titik. Potongan ini dilakukan untuk membentuk pukat seperti yang dikehendaki. Contohnya, potongan bar untuk membuat keroncong pukat. |
enantiomer | enantiomer | Kimia | Tiada | Isomer imej cermin. Enantiomer tergolong dalam kelas umum yang disebut stereisomer dan merupakan isomer optik yang mengandungi satu atom karbon kiral atau lebih. Enantiomer yang memutarkan cahaya berkutub satah ke kanan disebut sebagai pendekstroputaran (d atau (+)) dan ke kiri disebut pelevoputaran (I atau (–)). Enantiomer terbahagi kepada dua konfigurasi D dan L yang bergantung pada kedudukan kumpulan yang terikat pada karbon kiral, iaitu konfigurasi-D jika kumpulan ini di sebelah kanan dan konfigurasi-L jika di sebalah kiri. Misalnya, gliseraldehid; L-gliseraldehid menunjukkan pelevoputaran dan D-gliseraldehid menunjukkan pendekstroputaran. CHO CHO HO–C* –H (L) H– C* – OH (D) CH2OH CH2OH Enantiomer |
bol | bol | Muzik | Tiada | Silibal nemonik bagi pukulan dram dalam muzik India. Contohnya, pukulan kombinasi dua biji dram tabla disebut dha dhin. Pukulan dram tabla di sebelah kanan disebut ta tin, sementara pukulan tabla kiri disebut ge ghe ki. |
gonad | gonad | Biologi | Genetik | Organ yang menghasilkan gamet haiwan. Gonad jantan disebut testis dan gonad betina disebut ovari. |
receptacle | pudung | Botani | Tiada | Struktur pada hujung tangkai bunga tempat terletaknya bunga. Pudung disebut sebagai torus apabila terbentuk kon dan disebut hipantium apabila berbentuk mangkuk. Sinonim reseptakel. |
atrioventricular valve | injap atrioventrikel | Perikanan | Tiada | Injap yang menghubungkan atrium dengan ventrikel. Injap kanan disebut injap trikuspid dan yang kiri disebut injap mitral atau injap bikuspid. |