Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
segan (adjektif)
1. Bersinonim dengan malas: lundung, kelesa, wegah, meleng, sungkan, celika, berat siku, berat tangan, berat tulang, ogah, ewa,
Berantonim dengan rajin

2. Bersinonim dengan malu: aib, silu, segok, wirang, bera, kanyor,
Berantonim dengan berani

Kata Terbitan : penyegan, disegani, menyegani, keseganan,

Peribahasa

Kalau kucing tiada bermisai,
     takkan ditakuti tikus lagi.

Bermaksud :

Orang besar yang sudah dipecat dari jabatannya tiada disegani orang lagi.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
role of governmentperanan kerajaanPentadbiranPentadbiran Awam

Tugas dan tanggungjawab yang dipegang oleh pihak pemerintah bagi sesebuah negara. Antara tugas utama kerajaan ialah memastikan keadilan dan keamanan, keselesaan, keselamatan dan kebajikan rakyat. Pada masa yang sama, pihak kerajaan turut bertanggungjawab melaksanakan pembangunan, menjana dan memperkukuhkan ekonomi negara di bawah tadbirannya. Peranan kerajaan dilihat sebagai pemangkin dalam usaha membina sebuah negara bangsa yang berdaulat dan disegani serta merdeka dalam setiap aspek.


Kembali ke atas