cadmium ratio | nisbah kadmium | Fizik | Atom dan Nuklear | Nisbah aktiviti tepu neutron teraruh pada pengesan yang tidak diselaputi dengan kadmium terhadap pengesan diselaputi dengan kadmium pada ketebalan tertentu, dengan kedua-dua pengesan didedahkan kepada persekitaran yang sama. Nisbah kadmium merupakan ukuran bilangan relatif neutron pada tenaga terma atau tenaga yang lebih tinggi. |
jaw | rahang | Biologi | Histologi dan Sitologi | Sepasang struktur yang disokong oleh tulang atau rawan yang (pada vertebrat) tidak diselaputi oleh apa-apa tisu lain, atau yang (pada tanduk) diselaputi tisu lain. Rahang vertebrat menjadi tempat gigi tumbuh, manakala tanduk mempunyai plat tanduk. Rahang menjadi sebahagian mulut; bahagian atasnya disebut maksila, manakala yang bawah disebut mandibel, dan yang membolehkan mulut terbuka dan tertutup. Struktur seumpama ini juga terdapat pada invedrtebrat. |
ice deviation risk | risiko lencongan ais | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Risiko yang menyebabkan kargo terpaksa dipunggah di pelabuhan lain sebelum sampai ke pelabuhan tujuan disebabkan oleh pelabuhan tersebut diselaputi ais atau ditutup kerana diselaputi ais. |
pilose | pilos | Biologi | Mikologi | Diselaputi rerambut yang lembut, panjang dan tersusun rapat. |
insheathed | bersarung | Perubatan | Tiada | Perihal diselaputi oleh sarung. |
tomentose | berbulu | Perhutanan | Tiada | Dilapisi atau diselaputi bulu-bulu atau fibril yang tersusun rapat. |
papillate | papilat; papila | Farmasi | Tiada | 1. Diselaputi papila. 2. Papilos. 3. Seperti papila. 4. Digunakan untuk keadaan petal yang sel-sel luarnya menonjol ke atas sedikit. |
papillate | papilat; papila | Biologi | Tiada | 1. Diselaputi papila. 2. Papilos. 3. Seperti papila. 4. Digunakan untuk keadaan petal yang sel-sel luarnya menonjol ke atas sedikit. |
achinate | ekinat | Biologi | Mikologi | Merujuk kepada bahagian yang diselaputi sisik atau unjuran halus dan tajam, biasanya pada cendawan. |
echinulate | ekinulat | Biologi | Mikologi | Merujuk kepada bahagian yang diselaputi sisik atau unjuran halus dan tajam yang lebih kecil saiznya daripada saiz sisik atau saiz unjuran ekinat biasanya pada konidium. |