remedy | remedi | Undang-undang | Tiada | Cara bagaimana pelanggaran hak dicegah, ditangani atau dipampasi. |
topography | topografi | Biologi | Ekologi | Keadaan muka bumi sesuatu kawasan, sama ada yang wujud semula jadi atau setelah ditangani manusia. |
partitioning | pemetakan | Kejuruteraan | Tiada | 1. Membahagi suatu blok besar kepada subunit-subunit yang lebih kecil, yang lebih mudah ditangani.,2. Pengumpulan logik bagi fungsi-fungsi elektrik dalam sesuatu set komponen perkakasan. |
crisis management | pengurusan krisis | Komunikasi | Korporat | Proses dan kaedah menangani krisis dalam organisasi atau negara yang dijangka boleh meninggalkan kesan negatif jangka panjang. Sekiranya tidak ditangani secara sistematik, krisis boleh menjejaskan reputasi organisasi atau negara. Pengurusan krisis dilaksanakan bagi memulihkan citra yang telah tercemar akibat kecuaian, kesilapan, kemalangan, atau sabotaj terhadap barangan atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh organisasi. Proses dan kaedah ini boleh dilaksanakan sendiri oleh organisasi atau melalui pihak perunding. Pencemaran citra boleh menyebabkan berlakunya krisis ekonomi, krisis keyakinan, dan krisis kewibawaan kepada organisasi atau negara. Penyebab berlakunya krisis seperti dakwaan pihak tertentu terhadap barangan untuk khalayak muslim yang sumber bahannya tidak halal, bekalan tenaga dan air untuk para pengilang atau pengusaha industri minuman dan makanan yang sering terganggu, serta kecacatan terhadap barangan eksport. |
structuralism | strukturalisme | Kesenian | Seni Bina | Pendekatan seni bina yang menumpukan aspek keindahan pada struktur binaan itu sendiri selain fungsinya sebagai penopang sebuah bangunan. Pendekatan seni bina ini cuba menggambarkan bahawa struktur bangunan, sekiranya ditangani dengan baik, akan menjadi elemen estetika yang indah dan berkesan. Pendekatan strukturalisme bermula di Jerman dan Rusia pada awal gerakan seni bina moden. |
resistance to change | tentangan perubahan | Pengurusan | Perancangan | Tindak balas menentang oleh individu atau kumpulan apabila mereka menanggap sesuatu perubahan sebagai ancaman terhadap status quo atau keselesaan mereka. Tindakan ini boleh berlaku dari segi fizikal mahupun fikiran, secara aktif atau pasif. Punca penentangan perlu dikenal pasti dan ditangani kerana penentangan boleh menjejaskan perancangan organisasi. Contoh tentangan perubahan ialah keengganan seseorang pekerja untuk menurut arahan berpindah jabatan daripada majikannya berikutan penstrukturan semula organisasi. |
office politic | politik pejabat | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Satu senario atau budaya yang wujud di dalam persekitaran sesebuah organisasi. Boleh dilihat dalam dua bentuk yang berbeza iaitu positif dan negatif. Dari aspek positif, politik pejabat boleh mempertingkatkan motivasi kerja dan hubungan yang baik di kalangan majikan dan pekerja sekiranya ditangani dengan cara yang betul. Manakala dari aspek lain, budaya ini akan mendorong ke arah perpecahan dan konflik dalam organisasi. Contoh kronisme, favouritisme, talam dua muka dan sebagainya. |
leader (film and tape) | basian (filem dan pita) | Kejuruteraan | Tiada | 1. Pita tak bermagnet khas yang boleh disambungkan kepada hujung pita magnet untuk menghalang kerosakan dan kehilangan bahan terakam, dan untuk menandakan secara visual, tempat bermula dan berakhirnya bahagian terakam pita itu.,2. Bahan tak bermagnet yang kukuh, disambungkan di hadapan bahan terakam pada pita yang dijangka akan ditangani secara kerap atau kasar. |
animal manure | baja haiwan | Veterinar | Tiada | Najis ternakan yang dijadikan sebagai baja, sama ada digunakan secara terus atau setelah diproses. Biasanya, najis tersebut diasingkan daripada rumput dan sampah, dan disimpan selama 40 hari sehingga mengalami penguraian bakteria bagi menghasilkan baja kompos. Baja ini boleh digunakan terus atau dikeringkan. Baja ini dalam bentuk kering sering digunakan kerana keadaannya yang lebih mudah ditangani dan tidak berbau. |
programme management | pengurusan program | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Cara atau kaedah bagaimana sesuatu program ditadbir, diurus dan dikawalselia supaya ia dapat dilaksanakan dengan sempurna. Pelbagai pihak terlibat dalam pengurusan program, bermula daripada pihak perancang, bahagian kewangan, pelaksana dan bahagian pemantauan program. Pengurusan program yang berkesan bukan sahaja dapat mempertingkat kualiti perkhidmatan, malah daya saing dan kemantapan sesebuah organisasi. Walau bagaimanapun, pengurusan program sentiasa berhadapan dengan risiko kerugian sekiranya tidak ditangani dan dikawal dengan rapi dan sempurna. |