barium meal | sarapan barium | Perubatan | Tiada | Sediaan barium sulfat yang legap terhadap sinar x, yang ditelan oleh pesakit sebelum penelitian bahagian atas salur makanan secara sinar x. |
endozoic | endozoik | Biologi | Ekologi | Berkaitan dengan sebaran biji benih oleh haiwan, iaitu apabila biji benih ditelan oleh haiwan dan seterusnya dikeluarkan bersama-sama najis haiwan, tanpa merosakkan biji benih tersebut, misalnya buah ceri, Muntingia galabura yang dimakan oleh kelawar atau buah senduduk, Melastoma malabathricum yang dimakan oleh burung. |
cud | mamahan | Veterinar | Tiada | Makanan yang dialirkan semula dari rumen ternakan ruminan untuk dikunyah kembali, lalu kemudian ditelan semula. Hal ini berlaku untuk menghaluskan lagi makanan tersebut. |
after taste | rasa kesan | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Baki rasa yang masih tinggal dalam mulut selepas makanan ditelan. |
aftertaste | rasa kesan | Makanan dan Pemakanan | Makanan | Rasa yang tertinggal di pangkal lidah setelah makanan atau bahan tertentu ditelan. Atribut rasa kesan sering digunakan dalam penilaian uji rasa makanan. Contohnya, pemanis stevia memberikan rasa manis diikuti rasa kelat. |
parotid gland | kelenjar parotid | Perubatan | Tiada | Salah satu kelenjar liur. Rembesannya membantu melicinkan makanan, menjadikannya mudah di kunyah dan ditelan. Terletak berhampiran telinga. |
phagocyte | fagosit | Perubatan | Tiada | Sel yang menelan sel dan zarah lain di sekitarannya melalui proses fagositosis. Biasanya bahan yang ditelan itu dicernakan di dalam sel tersebut. Contoh sel jenis ini antaranya termasuk polimorf dan makrofaj di dalam vertebrat, yang memainkan peranan penting dalam sistem pertahanan organisma terhadap jangkitan. |
bolus | bolus | Makanan dan Pemakanan | Pemakanan | Bebola makanan yang telah dikunyah dan bercampur dengan air liur yang sedia untuk ditelan. Bebola ini boleh berupa kaca yang melarut dengan perlahan yang mengandungi kuprum, selenium dan kobalt sebagai sumber pelengkap mineral surih. Biasanya mineral surih ini digabungkan dengan natrium, fosforus, kalsium dan magnesium oksida, serta boleh membekalkan kesemua unsur ini bagi tempoh 12 bulan. Pembentukan bolus yang lembut membolehkan makanan bergerak lebih mudah melalui kawasan-kawasan yang berlainan dalam sistem pencernaan. |
cachet | kasyet | Perubatan | Tiada | 1. Kasyet: Bentuk dosej oral yang perlu diletakkan di antara dua lapisan tipis kanji basah dan ditutup, untuk melembutkannya sebelum ditelan. |
biological contaminant | pencemar biologi | Makanan dan Pemakanan | Makanan | Agen biologi seperti bakteria, virus, yis, kulat, parasit dan enzim serta terbitannya yang berbahaya kepada kesihatan manusia dan haiwan sekiranya dihidu, ditelan atau diserap ke dalam badan. |