volume | isi padu | Kimia | Tiada | Ukuran ruang yang ditempati oleh sesuatu jasad atau bendalir. Isi padu lazimnya diukur dalam unit meter padu atau kaki padu. Unit-unit lain yang lazim digunakan ialah liter dan desimeter padu. |
molar volume | isi padu molar | Fizik | Moden | Isi padu yang ditempati satu mol bahan dalam bentuk pepejal, cecair, atau gas. isi padu molal. |
critical volume | isi padu genting | Kejuruteraan | Petroleum | Isi padu yang ditempati oleh satu mol gas tertentu pada tekanan dan suhu genting gas berkenaan. Rujuk: suhu genting; tekanan genting |
magma chamber | ruang magma | Geologi | Tiada | Reservoir di dalam kerak bumi yang ditempati jasad magma. |
fluid saturation | ketepuan bendalir | Kejuruteraan | Tiada | Pecahan isi padu liang batuan reservoir yang ditempati oleh minyak, air atau gas. |
dioctahedral | dwioktahedron | Geologi | Tiada | Berhubung dengan struktur hablur yang hanya dua daripada tiga kedudukan terkoordinat secara oktahedron tersedianya ditempati. |
areal geology | geologi kawasan | Geologi | Tiada | Cabang geologi yang berhubung dengan taburan, kedudukan dan bentuk kawasan permukaan bumi yang ditempati pelbagai jenis batuan atau unit-unit geologi yang berbeza. |