specified zon | zon ditentukan | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Bahagian kayu yang telah diawet, yang jumlah minimum pengawet ditentukan dan diuji dengan cara pengekstrakan atau cerakinan kimia. |
proximate analysis | analisis proksimat | Veterinar | Tiada | Sistem analisis kimia yang membahagikan sesuatu makanan kepada enam komponen iaitu lembapan, protein kasar, lemak, serabut kasar, abu dan ekstrak bebas nitrogen. Setiap komponen dianalisis secara berasingan. Lembapan ditentukan dengan mengeringkan sampel di dalam ketuhar pada suhu 100° C selama 24 jam. Abu ditentukan dengan membakar sampel di dalam ketuhar pada suhu 500° C selama 6 jam. Protein kasar ditentukan dengan kaedah Kjeldahl manakala lemak ditentukan dengan kaedah Soxhlet. Serabut kasar pula ditentukan dengan mendidihkan sampel dalam larutan asid dan alkali. Ekstrak bebas nitrogen ditentukan dengan cara menolak jumlah abu, protein kasar, serabut kasar dan lemak daripada 100 peratus. Formula: % ekstrak bebas nitrogen = 100 - % protein kasar - % serabut kasar - % lemak - % abu. Hasil daripada analisis ini digunakan untuk menunjukkan nilai sesuatu makanan yang boleh digunakan bagi merumus rangsum makanan ternakan yang lengkap dan seimbang. |
fee | upah | Kesenian | Seni Bina | Bayaran yuran arkitek yang biasanya ditentukan berdasarkan peratusan daripada nilai pembinaan. Kadarnya ditentukan oleh pengiraan berdasarkan satu unit kawasan pembinaan yang dicadangkan, kadar setiap jam atau bayaran sekali gus yang tetap, atau gabungan antara ketiga-tiga jenis bayaran tersebut. |
statically indeterminate | tidak tentu statik | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Struktur yang tidak boleh ditentukan daya-dayanya melalui kaedah statik, sebaliknya ia boleh ditentukan melalui kaedah matriks kekukuhan. |
constrained motion | gerakan terkekang | Mekanik | Gunaan | Gerakan yang terbatas pada laluan tertentu. Laluan yang diiukuti oleh jasad yang mengalami gerakan terkekang ditentukan oleh pembatasan fizikal dan bukan ditentukan semata-mata oleh gerakan permulaan jasad itu dan daya dari punca luar yang dikenakan padanya (seperti kes gerakan tak terkekang). pengekangan memaksa sesuatu hubungan kinematik yang tertentu di antara pecutan pusat jisim jasad itu dengan pecutan sudutnya sedangkan bagi jasad yang mengalami gerakan tak terkekang, pecutan-pecutan tersebut tak bersandaran di antara satu dengan yang lain dan ditentukan secara berasingan. Pada umumnya, analisis masalah kinetik gerakan terkekang perlu didahului oleh analisis kinematik yang menghubungkan pecutan linear pusat jisimnya dan pecutan sudut; selepas itu barulah persamaan gerakan umum dapat diselesaikan. |
planting date | tarikh penanaman | Pertanian | Agronomi | Masa yang ditentukan untuk menanam tanaman, biasanya berkaitan dengan tanaman semusim seperti padi. Di Malaysia, tarikh penanaman padi ditentukan oleh Jabatan Pertanian untuk menyelaraskan jadual pengairan. Sekiranya kawasan tanaman tiada sistem pengairan, tarikh penanaman hendaklah dilakukan sebelum musim hujan. |
indentation bardness | kekerasan lekuk | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Kekerasan bahan yang ditentukan oleh saiz pelekukan akibat tindakan alat pelekuk yang dikenakan beban tetap. Kekerasan ini juga boleh ditentukan melalui magnitud beban yang diperlukan untuk menghasilkan lekukan dengan kedalaman yang telah ditetapkan. Pelekuk yang digunakan terdiri daripada mata tajam atau mata bulat bergantung pada keperluan ujian. Alat yang digunakan untuk mengukur kedalaman lubang lekuk ialah meter keras. |
direct levelling | pengarasan langsung | Pertanian | Tiada | Jenis pengarasan yang perbezaan elevasinya ditentukan oleh satu ciri garisan mengufuk pendek. Jarak tegak garisan ini kepada tanda di tanah ditentukan dengan menggunakan rod alat pengarasan. |
i‘arah mutlaqah | peminjaman mutlak | Perniagaan Islam | Tiada | Akad peminjaman yang tidak ditentukan pihak dan kaedah yang akan menggunakan barang pinjaman. Contohnya, peminjaman kereta yang tidak ditentukan secara khusus tempoh, kawasan penggunaan dan berat muatan yang patut dibawa. Akad peminjaman mutlak tertakluk kepada syarat penggunaan mengikut uruf dan adat kebiasaan. Penggunaan barang pinjaman tidak boleh melampaui kebiasaan dan sekiranya mengalami kerosakan, peminjam bertanggungjawab sepenuhnya. |
tonus | tonus | Perubatan | Tiada | Kontraksi atau tegangan otot secara sedikit tetapi berterusan. Tegangan pada otot rangka ditentukan oleh aktiviti saraf, manakala tegangan pada otot tak voluntari ditentukan oleh ciri intrinsik otot tersebut. Tonus otot membantu mengekalkan postur dan mempunyai daya tentangan terhadap regangan. |