explained variation | ubahan diterangkan | Matematik | Tiada | Tiada |
DNA duplex | dupleks DNA | Biologi | Genetik | Molekul DNA seperti yang diterangkan oleh model Watson dan Crick. |
behavioural psychology | psikologi kelakuan | Pendidikan | Tiada | Bidang psikologi tentang kelakuan pelajar yang boleh diterangkan secara hubungan di antara rangsangan dengan tindak balas. |
luminous flux | fluks lar | Teknik | Elektrik | 1. Jumlah cahaya yang memancar ke permukaan yang hendak diterangkan. 2. Kadar tenaga cahaya yang disinari oleh sesuatu sumber cahaya pada setiap saat dalam bentuk gelombang. Fluks ini disukat dalam unit lumen. |
nonlinear acoustics | akustik tak linear | Fizik | Akustik | Akustik yang berkaitan dengan sifat gangguan tinggi pada gelombang yang diterangkan oleh persamaan pembezaan tak linear. |
verbosity | bahasa berjela | Kesusasteraan | Tiada | Penggunaan kata-kata berlebihan, sehingga persoalan yang hendak disampaikan terasa sengaja dipanjangkan, padahal boleh diterangkan dengan bahasa yang padat dan mudah. |
rocket lightning | kilat roket | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Kilat yang jarang berlaku yang lintasan cahayanya memancar di udara hanya selaju roket. Kurangnya laju nyahcas ini tidak dapat diterangkan dengan jelas, tetapi berkemungkinan diakibatkan oleh ketumpatan ion yang rendah di dalam udara, dan kekuatan medan elektrik yang lemah pada hujung lintasan. |
marketing documentation | dokumentasi pemasaran | Teknologi Maklumat | Perisian | Dokumentasi yang mengandungi maklumat atau bahan promosi untuk tujuan pemasaran. Maklumat seperti kelebihan dan kemudahan perisian berbanding perisian yang lain diterangkan dalam dokumentasi pemasaran. Salah satu pendekatan yang digunakan dalam dokumentasi ini adalah dengan menyediakan ungkapan-ungkapan yang senang dan mudah diingat dan dapat menarik lebih ramai pelanggan. Ciri-ciri keserasian dalam sebarang persekitaran dan perisian merupakan perkara utama yang perlu ditekankan dalam dokumentasi ini selain maklumat pemasaran produk dan analisis bagi permintaan pasaran. |
barrier penetration | penembusan sawar | Fizik | Atom dan Nuklear | Laluan zarah menembusi sawar keupayaan. Contohnya, laluan zarah alfa menembusi dinding nukleus. Penembusan ini merupakan fenomena mekanik kuantum yang tidak dapat diterangkan oleh teori fizik klasik. |
Snell’s law | hukum Snell | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Formula yang menerangkan hubungan antara sudut tuju dan sudut bias apabila gelombang melepasi sempadan antara dua media yang berlainan seperti air, keluli dan aluminium. Formula hukum Snell boleh diterangkan seperti yang berikut: C1/sinθi = C2/sinθt = C1/sinθr, Dengan C1 ialah halaju gelombang tuju dalam media 1 dan C2 halaju gelombang biasan dalam media 2. Manakala θi, dan θr masing-masing ialah sudut tuju, sudut biasan, dan sudut balikan. Sinonim sudut biasan, sudut pantulan, sudut tuju. |