World Bank | Bank Dunia | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Bank yang terdiri daripada Bank Antarabangsa untuk Pembinaan Semula dan Pembangunan (IBRD) yang ditubuhkan pada tahun 1945, Persatuan Pembangunan Antarabangsa (IDA) ditubuhkan pada tahun 1960, Kerjasama Kewangan Antarabangsa (IFC) ditubuhkan pada tahun 1956 dan Agensi Jaminan Pelaburan Multilateral (MIGA) ditubuhkan pada tahun 1988. Objektif utama badan ini adalah untuk meningkatkan taraf hidup di negara sedang membangun dengan cara menyalurkan sumber kewangan daripada negara maju. Penekanan diberikan terhadap pembasmian kemiskinan serta pemuliharaan alam sekitar. |
Organization for Economic Cooperation and Development (OECD); | Organisasi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | O rganisasi ini ditubuhkan pada tahun 1961, menggantikan Organisasi Kerjasama Ekonomi Eropah yang telah ditubuhkan pada tahun 1948. Organisasi ini ditubuhkan untuk menyelaras Rancangan Marshall yang bertujuan untuk memulihkan ekonomi Eropah selepas Perang Dunia Kedua. Organisasi ini mempunyai 29 negara anggota, iaitu Australia, Austria, Belgium, Kanada, Czechoslovakia, Denmark, Finland, Perancis, Jerman, Great Britain, Greece, Hungary, Iceland, Ireland, Itali, Jepun, Korea, Luxembourg, Mexico, Belanda, New Zealand, Norway, Poland, Portugal, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Turki dan Amerika Syarikat. Negara anggota organisasi ini mengadakan kerjasama untuk meningkatkan ekonomi, memberi bantuan kepada negara yang belum maju dan menyumbang kepada perluasan perdagangan dunia. Agensi yang beroperasi di bawah organisasi ini ialah Pusat Penyelidikan Pendidikan dan Inovasi, Pusat Pembangunan dan Agensi Tenaga Nuklear Eropah yang kesemuanya beribu pejabat di Paris. Sinonim OECD. |
International Telecommunication Union (ITU) | Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Agensi khusus PBB yang beribu pejabat di Geneva. Kesatuan ini ditubuhkan pada tahun 1934 hasil penyatuan Kesatuan kemerdekaan Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa Telegraf Antarabangsa yang ditubuhkan pada tahun 1865 dan Kesatuan Radiotelegraf Antarabangsa yang ditubuhkan pada tahun 1906. Kesatuan ini mempunyai 189 buah negara anggota. Matlamatnya adalah untuk memperbaik semua bentuk telekomunikasi antarabangsa dengan cara memperuntukkan frekuensi radio, menggalakkan kadar telekomunikasi yang rendah dan memperbaik komunikasi dalam operasi menyelamat. Kesatuan ini juga mengadakan persidangan berkaitan peraturan telekomunikasi di angkasa sebagai salah satu agenda bagi mencapai matlamatnya. Sinonim ITU. |
Federal Council | Majlis Persekutuan | Pentadbiran | Tiada | Badan atau organisasi yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi menjalankan tugas penyelarasan pentadbiran dalam sesuatu bidang tertentu. Badan ini juga berperanan melicinkan perjalanan jentera pentadbiran kerajaan persekutuan. Terdapat beberapa jenis majlis persekutuan seperti Majlis Tanah Negara, Majlis Kewangan Negara dan Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan yang ditubuhkan oleh kerajaan pusat. Manakala Majlis Tindakan Negara, Majlis Keselamatan Negara dan Majlis Tindakan Ekonomi Negara ditubuhkan di bawah kuasa eksekutif untuk membantu Jemaah Menteri menyelaraskan kegiatan kementerian di peringkat persekutuan. |
World Meteorological Organization (WMO)) | Pertubuhan Meteorologi Sedunia | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Pertubuhan dalam PBB yang ditubuhkan pada tahun 1951 dan beribu pejabat di Geneva. Pertubuhan ini menggantikan Pertubuhan Meteorologi Antarabangsa yang telah ditubuhkan pada tahun 1878. Tujuan penubuhan WMO adalah untuk mempromosikan kerjasama antarabangsa antara stesen meteorologi di seluruh dunia, mengadakan piawaian dalam pemerhatian meteorologi, menggalakkan penyelidikan dan latihan serta memperluas penggunaan dapatan meteorologi kepada bidang lain. Pertubuhan ini beroperasi melalui Kongres Meteorologi Sedunia yang mempunyai perwakilan daripada 185 negara di seluruh dunia. Sinonim WMO. |
World Trade Organisation (WTO) | Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Pertubuhan perdagangan yang ditubuhkan pada tahun 1995 untuk mewujudkan satu organisasi tetap bagi Perjanjian Umum Tarif dan Perdagangan (GATT). WTO ditubuhkan melalui Perjanjian Penubuhan Pertubuhan Perdagangan Dunia di Marrakesh pada Rundingan Uruguay. Pertubuhan ini dianggotai oleh lebih daripada 135 negara dan lebih berkuasa daripada GATT. Ia meneruskan matlamat GATT, iaitu menggalakkan perdagangan bebas dengan menghapuskan semula halangan perdagangan di semua negara termasuk cukai ke atas barangan yang diimport dan dieksport. Selain itu, WTO juga meluaskan peraturan perdagangan bebas kepada perdagangan perkhidmatan dan aspek harta intelek yang berkaitan dengan perdagangan. Tidak seperti GATT, WTO mempunyai sistem penyelesaian pertelingkahan yang lebih teratur, berkesan dan berteraskan undang-undang. Lihat juga Perjanjian Penubuhan Pertubuhan Perdagangan Dunia, Perjanjian Umum Tarif dan Perdagangan (GATT). |
International Criminal Police Organization (Interpol) | Polis Antarabangsa | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | O rganisasi yang ditubuhkan pada tahun 1923, beribu pejabat di Vienna. Pada tahun 1938, organisasi ini telah dibubarkan oleh Hitler, tetapi selepas Perang Dunia Kedua, iaitu pada tahun 1946, organisasi ini ditubuhkan semula dan beribu pejabat di Paris. Perkhidmatan utama organisasi ini adalah untuk memberi maklumat kepada lebih 140 buah negara anggotanya berkenaan dengan lokasi penjenayah antarabangsa, menganjurkan seminar berkenaan dengan penyiasatan jenayah secara saintifik dan mempermudah penangkapan penjenayah. Organisasi ini memainkan peranan yang penting dan berjaya dalam membanteras jenayah yang merangkumi penyeludupan, pemalsuan, peniruan dan perdagangan narkotik. Organisasi ini mengelak daripada terlibat dalam jenayah yang berkaitan dengan politik, ketenteraan, keagamaan dan perkauman. Sinonim Interpol. |
League of Nations | Liga Bangsa-Bangsa | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Pertubuhan antarabangsa yang ditubuhkan pada tahun 1920 selepas tamatnya Perang Dunia Pertama, bertujuan untuk mencapai keamanan dan keselamatan antarabangsa bagi menghindari terjadinya peperangan. Liga Bangsa-Bangsa ialah pertubuhan antarabangsa yang mula-mula sekali ditubuhkan. Ia diasaskan atas konsep keselamatan bersama. Liga Bangsa-Bangsa telah dibubarkan pada tahun 1946 selepas gagal menghalang Perang Dunia Kedua daripada meletus dan digantikan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). |
governmental agency | agensi kerajaan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Badan yang ditubuhkan untuk melaksanakan sesuatu tugas khas bagi melicinkan pelaksanaan projek atau dasar kerajaan. Agensi kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk menguruskan pembangunan sektor tertentu seperti pendidikan, perindustrian, perikanan, pemasaran, keusahawanan dan pertanian. Pada peringkat awal, semua tanggungjawab ini diuruskan oleh kementerian, namun agensi kerajaan ditubuhkan bagi menyokong tugas kementerian dalam pembangunan bidang tertentu sebagai strategi pembangunan khusus. Contohnya, MARA, LKIM, RISDA, FAMA dan PORLA. |
incorporated | berhad; diperbadankan;ditubuhkan | Ekonomi | Tiada | Tiada |