فلان متهم بالكذب | dituduh berdusta | Agama Islam | Hadith | Lafaz tajrih yang lebih rendah darjatnya daripada laisa bisyay. |
accused person | orang yang dituduh | Undang-undang | Tiada | Tiada |
المقذوف | maqzuf | Agama Islam | Fiqh | Orang yang dituduh melakukan zina. |
مشهود عليه | tertuduh | Agama Islam | Fiqh | Orang yang dituduh melakukan sesuatu kesalahan. |
الدجال | dajjāl | Agama Islam | Hadith | Lafaz tajrih yang lebih rendah darjatnya daripada dituduh berdusta. |
admission of guilt | pengakuan bersalah | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Pernyataan oleh seseorang yang dituduh melakukan jenayah bahawa dia telah melakukan jenayah dan tidak mempunyai pembelaan atau wajaran. Mahkamah atau tribunal jenayah perlu memastikan si tertuduh memahami sifat dan akibat pengakuan bersalah tersebut dan pengakuan itu dilakukan secara sukarela selepas perbincangan dengan peguam bela. Dengan pengakuan ini, si tertuduh akan disabitkan bersalah dan dihukum oleh mahkamah atau tribunal jenayah. Amalan ini dipakai dalam undang-undang jenayah antarabangsa. |
benefit of the doubt | faedah kesangsian | Undang-undang | Tiada | 1. Faedah yang diberikan kepada yang dituduh apabila terdapat keadaan dan kenyataan yang menimbulkan keraguan kerana mempunyai dua interpretasi, satu memihak pendakwa, sementara yang satu lagi menyokong pihak pembela.,2. Faedah yang diberikan apabila wujud keraguan supaya keperluan dipenuhi, kepentingan dipelihara, dan faedah atau manfaat diperoleh.,3. Tolak ansur atau konsesi untuk menganggap bahawa seseorang itu tidak bersalah, apabila sangsi atau waswas kerana kekurangan bukti atau keterangan atau kenyataan. |
المتروك | Ḥadīth matrūk | Agama Islam | Hadith | Ḥadīth daif yang terdapat di dalam sanadnya perawi yang dituduh berdusta. |
abet | bersubahat | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Perbuatan memudahkan atau membantu secara aktif individu jenayah. Walau bagaimanapun, sekiranya seseorang itu tidak melakukan sesuatu atau berdiam diri terhadap jenayah tersebut, maka dia tidak akan dianggap sebagai bersubahat. Dalam undang-undang jenayah antarabangsa, konsep bersubahat dapat dilihat dalam kes Furundzija, (komandan perang di negara bekas Yugoslavia) yang dituduh bersubahat dalam melakukan jenayah seksual terhadap mangsa perang. Dalam kes ini, Anto Furundzija (si tertuduh) telah menyoal siasat mangsa ketika mangsa dirogol dan diserang secara seksual oleh seorang individu lain. Tribunal Jenayah Antarabangsa bekas Yugoslavia memutuskan bahawa kehadiran dan perbuatan si tertuduh menyoal siasat mangsa ketika mangsa dirogol adalah perbuatan membantu dan bersubahat dalam jenayah kerana si tertuduh memberikan bantuan, galakan dan sokongan moral kepada pesalah seksual tersebut. Furundzija telah didapati bersalah melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa. lain dengan pengetahuan |