metagenesis | metagenesis | Biologi | Ekologi | Perselangan generasi antara generasi seks dan aseks yang menunjukkan bahawa pembiakan seks telah ditunda. Misalnya, pada kebanyakkan selenterat, medusa atau individu seks tidak terhasil terus daripada telur, tetapi pada tunas yang gugur daripada hidroid atau fasa aseks yang mendahuluinya. |
trolling | mengolak | Perikanan | Tiada | Kaedah menarik perhatian ikan pemangsa kepada umpan di dalam air. Dalam kaedah ini, tali pancing ditunda di bahagian belakang bot secara perlahan-lahan untuk menarik perhatian ikan, seperti tenggiri dan tongkol. |
deferred group annuity | anuiti kumpulan tertunda | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Anuiti kumpulan yang menyediakan pembelian anuiti tertunda berbayar setiap tahun untuk setiap orang yang dilindungi di dalam kumpulan tersebut. Jumlah pembayaran anuiti ditunda ke satu tarikh, selalunya tarikh persaraan, dan ianya merupakan hasil tambahan anuiti berbayar individu. |
Manta tow | tarikan Manta | Perikanan | Tiada | Kaedah yang digunakan untuk menilai keadaan kawasan batu karang yang luas bagi menunjukkan gambaran mengenai perubahan taburan dan kelimpahan organisma terumbu karang. Teknik ini membolehkan seseorang penyelam pemerhati, ditunda pada kelajuan yang sekata di belakang bot. Melalui teknik ini, penyelam pemerhati akan memegang papan Manta sambil melakukan penilaian visual terhadap kawasan sekitar. |
delayed payment clause (life) | fasal bayaran tertangguh (hayat) | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Fasal yang menangguhkan pembayaran kepada waris bagi tempoh tertentu selepas kematian insured. Penangguhan ini berlaku apabila insured dan waris utama meninggal dunia dalam situasi bencana serentak maka pembayaran kepada waris kontingen akan ditunda atau dijadikan pusaka si mati. |
single well pulse technique | teknik denyut perigi tunggal | Hidrogeologi | Tiada | Pemasukan perunut ke akuifer melalui perigi semasa perigi diimbuh dengan tekanan secukupnya untuk menghapuskan kesan sementara. Denyut perunut di sebarang isi padu yang berpatutan dialihkan ke bawah oleh isi padu air yang cukup untuk menolaknya keluar dari perigi ke dalam akuifer. Denyut itu kemudiannya dipampa keluar dari perigi yang sama sesudah ditunda beberapa waktu tatkala denyut itu hanyut mengikut halaju semula jadi ke arah gradien aliran setempat. Kepekatan atau perilaku air yang dipampa itu tadi disemak dan dirakamkan (IAEA). Ruj.: Mandel 1960 |
active gear | peralatan aktif | Perikanan | Tiada | Semua jenis peralatan yang digunakan untuk menangkap atau memerangkap ikan. Peralatan seperti pukat tunda, pukat jerut dan pukat tarik digunakan untuk menangkap atau memerangkap ikan atau kumpulan ikan yang berada di laluan peralatan terrsebut. Terdapat peralatan yang digunakan untuk menangkap spesies ikan tertentu sahaja dan ada pula yang mampu menangkap semua jenis ikan. Sifatnya yang sedemikian telah mendorong beberapa buah negara menggunakan peralatan tersebut di perairan negara masing-masing. Selain itu, terdapat juga peralatan aktif yang boleh merosakkan sumber dan habitat ikan. Contohnya, pukat tunda yang ditunda di bahagian dasar laut sehingga merosakkan kawasan pembiakan ikan, dan secara tidak langsung menjejaskan pertambahan sumber perikanan. |