Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diuji

Puisi
 

Orang singgah Kuala Daik,
     Beli durian dalam perahu;
Jikalau sudah emas yang baik,
     Tak payah diuji orang pun tahu.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Diuji sama merah,
     ditahil (= dikati) sama berat.

Bermaksud :

Sudah sepadan benar.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
unit under testalat diujiSosiologiTiadaAlat yang sedang diuji.
placeboplaseboPerubatanTiadaSediaan tidak aktif yang rupa bentuk fizikalnya serba sama dengan dadah yang diuji, yang diberikan kepada subjek atau pesakit dalam keadaan yang sama, seperti keadaan pemberian dadah yang diuji. Sebarang kesan yang muncul pada pemberian sediaan ini dianggap bersifat psikologi sahaja. Dengan itu kesan sebenar ubat yang diuji itu dapat dihayati secara tepat.
fire doorpintu rintangan apiKejuruteraanKejuruteraan MekanikPintu yang memenuhi spesifikasi tertentu dan diuji bagi menghalang kebakaran daripada merebak ke tempat lain. Pintu diuji mengikut standard tertentu dan digredkan. Pintu ini sentiasa tertutup atau tertutup secara automatik jika berlaku kebakaran. Pintu ini digunakan untuk melindungi ruang tangga keselamatan dan memisahkan ruang yang mempunyai risiko kebakaran.
individualizationpengindividuanSains ForensikTiadaProses untuk mengenal pasti sama ada dua sampel yang diuji berasal daripada satu sumber yang sama atau tidak berdasarkan ciri unik yang terdapat pada kedua-dua sampel tersebut. Dalam pengujian DNA, semakin banyak lokus diuji, kebarangkalian untuk seseorang individu lain mempunyai profil DNA yang sama menjadi sangat rendah dan menjadikan profil tersebut unik dan membolehkan individu dikenal pasti.
bootstraptarikan rawak bergantianBioinformatikTiadaTeknik persampelan semula secara rawak ke atas sampel yang bersaiz sama di dalam satu populasi yang menguji kebolehpercayaan terhadap nilai atau corak data. Dalam kaedah ini, sampel ditarik keluar daripada populasi dan diuji supaya nilai atau corak yang consensus bagi kesemua sampel yang diuji bagi mewakili populasi yang diuji.
seed viabilitykebolehidupan biji benihPertanianAgronomi

 Keupayaan biji benih untuk bercambah dan membesar apabila ditanam di ladang. Kebolehidupan diuji dengan ujian percambahan dan kesuburan. Dalam ujian percambahan, sampel biji benih diberikan air dan suhu yang sesuai, untuk dinilai peratus percambahannya. Selain itu, kebolehidupan biji benih juga boleh diuji dengan menggunakan ujian tetrazolium.

testeddiujiKimiaTiadaTiada
tuberculin testeddiuji tuberkulinPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
tuberculin tested milksusu diuji tuberkulinPertanianTiadaTiada
untested queenratu tak diujiPertanianTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas