Damkholer number group IV | nombor Damkohler kumpulan IV | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Nisbah haba yang dihasilkan terhadap pemindahan haba secara pengaliran bagi tindak balas kimia bermangkin yang dijelaskan sebagai Dm(IV) = Dm | b| dengan Dm(IV) = nombor Damkohler kumpulan IV. Dm = nombor Damkohler kumpulan II, | b| = nilai positif termisiti. |
Bonner Durchmusterung (BD or DM) | Bonner Durchmusterung (BD atau DM) | Matematik | Tiada | Katalog besar bintang yang dibuat oleh Argelander, ahli falak Jerman yang memberi secara kasar kedudukan 324 000 bintang di langit utara. Kemudian, Schonfeld menambah bintang di selatan. Katalog ini mengandungi semua bintang yang bermagnitud hingga 10. |
products of inertia | hasil darab sifatekun | Mekanik | Gunaan | Ukuran bagi agihan jisim jasad terhadap dua satah berortogon. Hasil darab sifatekun bagi unsur pembeza berjisim dm ditaakrifkan sebagai ‘hasil darab dm dengan jarak serenjang dari satah berkenaan ke unsur itu’. Misalnya, hasil darab sifatekun unsur tersebut terhadap satah x-z dan satah y-z diberikan oleh sebutan dIxy = xy dm, dengan x, y masing-masing merupakan jarak unsur dm dari paksi-x (satah x-z) dan dari paksi-y (satah y-z). |
uncertainty principle | prinsip ketakpastian | Kimia | Tiada | Prinsip yang menyatakan bahawa kedua-dua momentum dan kedudukan zarah seperti elektron tidak dapat diukur dengan tepat secara serentak. Jika ketakpastian bagi kedudukan zarah ialah Dp dan ketidakpastian bagi momentum ialah Dm, maka Dp Dm ³ h/4p, dengan h ialah pemalar Planck. |
property change of mixing | perubahan sifat pencampuran | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Perbezaan antara sifat larutan dengan jumlah sifat tulen spesies di dalam sesuatu campuran yang dijelaskan sebagai DM = M � Sxj Mj , dengan DM = perubahan sifat pencampuran, Mj = sifat tulen komponen j, M = sifat larutan, x = pecahan mol komponen j. |
LD 50 | LD 50 {DM 50} | Kejuruteraan | Tiada | Dos terserap yang boleh membunuh 50% daripada populasi tertentu dalam masa yang ditetapkan. |
cylinder bursting pressure | tekanan peletusan silinder | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Tekanan maksimum atau perbezaan tekanan di dalam dan di luar sejurus sebelum berlakunya peletusan silinder berdinding nipis yang boleh dianggarkan menurut ungkapan rB = 2 dT tM/Dm, dengan rB = tekanan peletusan, dT = kekuatan tegangan, Dm = garis pusat purata, tM = ketebalan dinding minimum. |
decametre | dekameter | Matematik | Tiada | Singkatan DM. Unit ukuran panjang dalam sistem metrik yang bersamaan dengan 10 meter. |
decimetre | desimeter | Matematik | Tiada | Singkatan dm. Unit ukuran panjang dalam sistem metrik yang bersamaan dengan 1/10 meter. |
acidity constant | pemalar keasidan | Kimia | Tiada | Pemalar keseimbangan, Ka, bagi tindak balas pengionan asid. Unitnya ialah mol dm-3. |