Bloch wall | dinding Bloch | Fizik | Moden | Lapisan peralihan di antara dominan-dominan feromagnet bersebelahan yang ketebalan terhingganya berada dalam lingkungan beberapa ratus pemalar kekisi. |
dominan | dominan | Biologi | Genetik | Bahagian atau kawasan protein yang menentukan fungsi atau struktur polipeptia. |
dominant wave | ombak dominan; gelombang dominan | Geografi | Tiada | Gelombang laut yang mempunyai pengaruh yang paling berkesan ke atas sebuah pinggir laut. Ia mungkin gelombang yang paling besar atau satu siri ombak yang menghala ke pinggir laut mengikut arah angin. |
dominant climax | klimaks dominan | Biologi | Ekologi | Spesies yang dominan dalan satu klimaks komuniti, misalnya meranti bukit. Shorea curtisii yang dominan di dalam hutan bukit dipterokarpa. |
dominant | dominan | Biologi | Ekologi | Berkaitan dengan kelimpahan spesies dalam sesuatu habitat. Misalnya, belalang merupakan spesies yang dominan dalam ekosistem sawah padi ketika musim menuai. Dalam hutan pamah dipterokarpa, pokok yang besar dan tinggi, iaitu pokok meranti, Shorea spp. dianggap dominan. |
dominant seventh | dominan tujuh | Kesenian | Tiada | Kord dominan dalam skala diatonik yang mengandungi tambahan not minor ketujuh dari not perdu. |
dominant lethal | kemautan dominan | Biologi | Genetik | Kemautan kerana kehadiran gen dominan walaupun dalam keadaan heterozigot. |
dominant complementarity | pelengkap dominan | Biologi | Genetik | Gen berpelengkap yang memerlukan alel dominan daripada dua atau lebih gen untuk mengekspresikan trait tertentu. |
dominant size of crystal | saiz dominan hablur | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Saiz hablur yang paling dominan dalam penghablur MSMPR yang diperoleh pada keadaan berikut: atau pada keadaan dengan L = saiz hablur, t = masa penghabluran, G = kadar pembesaran hablur, m3 = fungsi agihan jisim hablur. |
dominance variance | varians dominan | Biologi | Genetik | Perbezaan genetik untuk trait poligenik dalam sesuatu populasi, yang diakibatkan oleh kesan gen dominan. |