drive-reduction theory | teori pengurangan-dorongan | Psikologi | Psikologi Umum | Teori yang mengandaikan bahawa semua tingkah laku bermotivasi adalah berpunca daripada dorongan dan respons yang memenuhi tuntutan dorongan tersebut untuk diperteguhkan. Pembelajaran akan berlaku apabila sesuatu rangsangan diikuti dengan pengurangan dorongan yang wujud apabila matlamat dorongan dicapai. Contohnya, kekurangan makanan boleh mengakibatkan rasa lapar yang akan menimbulkan suatu keadaan dorongan. Organisma atau individu tersebut akan berusaha untuk mengurangi dorongan itu dengan melakukan sesuatu, iaitu mencari makanan untuk memenuhi keperluannya. Teori pengurangan-dorongan ini diaplikasikan dalam kebanyakan teori pembelajaran anjuran Hull dan Thorndike. Dalam teori pelaziman klasik, prosedurnya banyak melibatkan teori ini. |
drive stimulus | rangsangan dorongan | Psikologi | Psikologi Umum | Sebarang bentuk rangsangan yang akan membangkitkan dorongan. Menurut pakar pembelajaran, iaitu Hull terdapat impuls saraf aferen yang wujud dalam organ yang berkait dengan keadaan dorongan. Dalam sistem penyesuaian tingkah laku Hull, pengurangan dalam rangsangan dorongan telah dikaitkan dengan peneguhan |
drive theory | teori dorongan | Psikologi | Psikologi Umum | Teori yang menyatakan bahawa sebarang kekurangan akan mendorong haiwan atau individu untuk bertindak. Dorongan akan mengaktifkan gerak balas sama ada satu atau lebih tindakan yang direka untuk mencapai satu-satu matlamat (sasaran daripada tingkah laku bermotivasi). Menurut Hull, kekurangan biologi seperti kekurangan makanan akan menghasilkan dorongan untuk mencari makanan. Setiap dorongan ini pula dikaitkan dengan rangsangan tertentu. Contohnya, pedih perut biasanya akan diikuti dengan rasa lapar, atau kekeringan pada mulut, bibir dan kerongkong akan diikuti dengan rasa dahaga. |
drive state; | keadaan dorongan | Psikologi | Psikologi Umum | Keadaan dalaman individu yang mendorong tingkah laku. Keadaan ini diandaikan mencapai satu tahap kritikal tertentu sebelum tingkah laku mencari matlamat. Keadaan dorongan boleh merupakan satu teknik pembelajaran yang digunakan dalam pembelajaran haiwan dengan membangkitkan satu dorongan yang berarah kepada matlamat melalui cara mewujudkan perubahan dalam proses organiknya. Contohnya, haiwan boleh dinafikan untuk membangkitkan rasa lapar bagi mendorong mencari makanan atau diberi kejutan elektrik bagi membangkitkan rasa keperluan untuk mengelak. |
derived drive | dorongan terbitan | Psikologi | Psikologi Umum | Lihat dorongan perolehan. |
drive | dorongan; desakan; kehendak; hantar;; pukul (SUK, P.JAS) | Perubatan | Tiada | 1. Dorongan: Daya yang menggiatkan impuls manusia. |
derived drive | dorongan perolehan | Psikologi | Psikologi Umum | Kehendak yang didorong oleh rangsangan luaran. Contohnya, kanak-kanak yang memaksa ibunya pergi bercuti ke Langkawi setelah mengetahui kawannya pergi bercuti di tempat tersebut. Sinonim dorongan terbitan. |
work motivation | motivasi kerja | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Dorongan oleh majikan terhadap pekerja untuk melaksanakan tugas serta peranan masing-masing dengan cemerlang dan sempurna. Bentuk dorongan dapat dibahagikan kepada dua cara, iaitu motivasi kerja yang positif dan negatif. Motivasi positif banyak bergantung kepada suasana kerja yang kondusif, hubungan baik yang dijalinkan oleh majikan dengan kakitangan bawahan, sistem ganjaran dan pampasan yang adil, kefahaman kakitangan terhadap kerja yang tinggi dan jelas, kebajikan dan jaminan keselamatan di tempat kerja dan sebagainya. Manakala motivasi negatif lahir daripada ketidakadilan yang berlaku di tempat kerja, misalnya upah dan gaji yang dibayar adalah tidak seimbang dengan khidmat yang diberikan, kekurangan infrastruktur, ancaman di tempat kerja, risiko kemalangan dan sebagainya. Motivasi kerja merupakan konsep penting dalam pengurusan organisasi, sama ada sektor swasta atau awam kerana boleh mempengaruhi kadar produktiviti, kualiti dan imej organisasi. |
id | id | Psikologi | Psikologi Umum | Struktur minda ciptaan Freud yang merujuk kepada kuasa yang mengawal tingkah laku berdasarkan kepada desakan untuk memuaskan dorongan asas manusia. Struktur ini dibina daripada dorongan atau desakan biologi seseorang. Id dikatakan bertindak mengikut prinsip pemuasan diri dengan memaksa individu mendapatkan nikmat hidup sepuas-puasnya tanpa menghiraukan etika atau peraturan hidup yang bertamadun. |
drive | dorongan; desakan; kehendak; hantar;; pukul (SUK, P.JAS) | Geografi | Tiada | Tiada |