drum set | perangkat dram | Kesenian | Tiada | Dram yang mengandungi beberapa jenis dram seperti dram bes, dram getar, dram samping, tomtom, simbal, simbal kacip dan loceng. |
kendhang | kendhang | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon jenis dram. Dram ini berbentuk tong panjang yang cembung. Dua muka kulit dram dipasang pada baluh dengan siratan tali rotan. Dram diletakkan secara melintang di atas riba pemain dan dipukul dengan kedua-dua belah tangan. Kendhang terdapat dalam pelbagai saiz seperti ketipung bersaiz kecil dan ciblon bersaiz sederhana. Ciblon biasanya digunakan untuk mengiringi tarian. Alat muzik ini dipercayai berasal dari Asia Tenggara dan mempunyai hubung kait dengan alat gendang, katindiek dan dram lain di Indonesia dan Malaysia. Lihat juga gendang. |
EDRAM (enhanced DRAM) | EDRAM (DRAM dipertingkatkan) | Teknologi Maklumat | Tiada | Cip ingatan DRAM yang mengandungi sebahagian kecil SRAM dalam setiap cip DRAM untuk meningkatkan kelajuan. Cip SRAM bertindak sebagai ingatan cache. Sinonim CDRAM (cache DRAM) |
tabla | tabla | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon jenis dram. Dram ini dimainkan secara berpasangan yang dikenali sebagai tabla dan baya. Kedua-dua dram ini mempunyai satu muka kulit yang ditiunkan. Tabla diperbuat daripada kayu dan berbentuk kon. Permukaan kulitnya dipukul dengan tangan kanan. Sementara baya biasanya diperbuat daripada logam dan berbentuk periuk. Permukaan kulitnya dipukul dengan tangan kiri. Kedua-dua dram ini diletakkan secara menegak di atas lantai berhadapan dengan pemain. Dram yang terdapat di India Utara ini menghasilkan rentak dalam muzik kla |
hoisting drum | dram angkat | Kejuruteraan | Tiada | 1. Dram angkat: Dram besar pada kerja tarik yang menggulung kabel angkat. |
bass drum | dram bes | Kesenian | Tiada | Bahagian perangkat dram berupa dram besar bernada rendah. |
gran cassa (It) | gran cassa | Kesenian | Tiada | Bahagian perangkat dram berupa dram besar bernada rendah. Sinonim dengan istilah bass dram. |
dram | dram | Perubatan | Tiada | Unit berat dalam sistem apotekari yang bersamaan 1/8 auns. |
bass tom-tom | bes tom-tom | Kesenian | Tiada | Bahagian perangkat dram berupa dram yang menghasilkan suara lebih rendah daripada tam-tam yang terletak di sebelah kiri pemain dram. |
SDRAM (synchronous DRAM) | SDRAM (DRAM segerak) | Teknologi Maklumat | Tiada | Cip ingatan DRAM yang disegerakkan dengan jam CPU bagi meningkatkan kepantasan, tanpa masa menunggu antara RAM dengan CPU. |