drama | drama | Kesenian | Drama dan Teater | Bentuk persembahan yang diolah mengikut bahagian-bahagian dan dilakonkan di pentas, radio, atau televisyen. Sifat drama boleh berbentuk sebenar, mengajuk, meniru daripada kebenaran lalu, atau boleh bersifat rekaan semata-mata. Terdapat pelbagai jenis drama yang mempunyai genre masing-masing seperti drama tragedi, drama komedi, drama bacaan dan sebagainya. Contoh drama Melayu ialah Gongdan Orang-orang Pulauoleh Hassan Saprin dan Si Bongkok Tanjung Puterioleh Shahrom Hussien. |
modern drama | drama moden | Kesenian | Drama dan Teater | Genre drama realistik yang dipentaskan berdasarkan skrip yang ditulis khas. Dalam konteks drama Melayu, drama realisme dekad 1960-an dianggap sebagai pelopor drama moden. Contohnya, Atap Genting Atap Rumbia, Buat Menyapu Si Air Mataatau Tamu di Bukit Kenny. |
symbolic drama | drama simbolik | Kesenian | Drama dan Teater | Genre drama yang mengungkapkan makna melalui penampilan perasaan, tanggapan dan saranan. Drama simbolik tidak sama dengan drama realistik walaupun drama realistik kadangkala menggunakan elemen simbolik. Contohnya, drama Kerusikarya Hatta Azad Khan. |
play-within-play | drama dalam drama | Kesenian | Drama dan Teater | Genre drama berbentuk lakonan dalam lakonan. Contohnya, drama Hamletkarya Shakespeare. Drama Hamletmemperlihatkan cara Hamlet menyusun persembahan tentang pembunuhan raja. Tujuannya untuk menyindir bapa tirinya yang membunuh bapa kandungnya. |
drama | drama | Kesusasteraan | Tiada | Karya yang dipersembahkan oleh pelakon di pentas, radio, atau televisyen. Aristotle mentakrifkan drama sebagai aksi manusia yang ditiru. Drama boleh dicipta dalam bentuk lisan atau tulisan. Teks yang dicipta secara lisan lebih mementingkan unsur persembahan daripada unsur sastera yang bertulis. Contohnya, drama tradisional tempatan seperti makyung dan wayang kulit. Terdapat pelbagai jenis drama, antaranya drama tragedi, drama komedi dalam bacaan, dan melodrama yang mempunyai subgenre masing-masing. Drama mempunyai dua dimensi, iaitu sebagai karya kesusasteraan yang disampaikan dalam bentuk dialog dengan tujuan untuk dipentaskan sebagai seni pertunjukan, dan sebagai teks sastera untuk dihayati dan dikaji. Struktur drama Barat boleh dilihat dalam The Poetics karya Aristotle, manakala struktur drama Timur boleh ditemui dalam drama Sanskrit Natyasastera. Contoh drama Melayu ialah Gong dan Orang-orang Pulau oleh Hassan Saprin, dan Si Bongkok Tanjung Puteri oleh Shahrom Hussien. Drama berasal daripada perkataan Yun |
poetic drama | drama puitis | Kesusasteraan | Tiada | Drama yang ditulis dalam bentuk puisi semata-mata untuk dipentaskan. Drama ini ditemui dalam kebanyakan drama Shakespeare dan drama T.S.Eliot berjudul Murder in the Cathedral. Contoh dalam sastera Melayu ialah Pengakuan Pariyem oleh Linus Suryadi AG dan Matinya Seorang Pahlawan oleh Usman Awang. Contoh dalam sastera Arab ialah Masra �Kilyubatrah oleh Ahmad Shawqi, dan dalam sastera parsi ialah Sarnivishi Parviz oleh �Ali Muhammad Khan Uvaysi. |
act | babak | Kesenian | Drama dan Teater | Bahagian utama dalam struktur karya drama. Drama panjang yang biasanya mengandungi beberapa babak dan dalam salah satu babak tersebut mengandungi pecahan kecil dikenali sebagai adegan. Lihat jugaadegan. |
folk drama | drama rakyat | Kesusasteraan | Tiada | Drama yang mengisahkan aktiviti rakyat yang dramatik bentuknya. Lakonan dalam drama ini berhubung dengan motif rakyat. Drama rakyat berpunca daripada ritual primitif yang mengandungi gerak, nyanyian, dan muzik (ketukan mengikut rentak) sebagai memuja semangat tumbuhan untuk menggalakkan kesuburan tanaman. Daripada ritual inilah, munculnya drama rakyat. Pada mulanya, drama rakyat berasaskan kepercayaan keagamaan yang kemudiannya menjadi sekular. |
folk drama | drama rakyat | Kesenian | Drama dan Teater | Genre drama yang mengisahkan aktiviti rakyat yang dramatik bentuknya. Lakonan dalam drama ini berhubung dengan motif rakyat.Drama jenis ini biasanya dipersembahkan ketika sesuatu pesta, perayaan atau upacara keagamaan. |
realistic drama | drama realistik | Kesenian | Drama dan Teater | Genre drama yang mengutamakan persoalan atau pemikiran yang mencakupi kehidupan harian. Drama realistik digunakan sebagai cara untuk menyampaikan dan memperjuangkan isu-isu sosial. Sinonimdrama masyarakat, drama sosial. |