Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dra.ma.tik] | دراماتيک

Definisi : 1. mempunyai lagak (gaya dsb) yg sesuai utk drama (bkn percakapan dsb): percakapannya penuh ~; 2. boleh menim­bulkan kesan pd jiwa (sama ada suka, sedih, marah dsb): dia menceritakan kisah ~ yg menimpa dirinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dramatik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dramatik pausehentian dramatikKomunikasiTiadaTeknik pengucapan yang dilakukan dengan menghentikan dialog untuk sementara waktu bagi menegaskan makna dialog dan emosinya sebelum menyambungkan dialog seterusnya. Hentian ini boleh berlaku beberapa kali dalam satu dialog. Teknik ini mampu meningkatkan kesan dramatik dalam sesuatu adegan.
dramatic monologuemonolog dramatikKesenianDrama dan TeaterPengucapan oleh sesuatu watak secara bersendirian yang menyampaikan gambaran emosi dan rohani watak. Sekiranya diolah dalam bentuk puisi, monolog dramatik sangat berkesan untuk melahirkan idea dalam fikiran bawah sedar atau pengalaman hidup pengucap. Sinonimsolilokui. Lihat jugadialog dramatik, ironi dramatik.
dramatic poetrypuisi dramatikKesusasteraanTiadaPuisi yang menggunakan teknik dramatik untuk kesan puitis atau drama yang menggunakan puisi untuk kesan dramatik. Contohnya, puisi Browning bertajuk My Last Duchess menggunakan konvensi drama untuk kesan puitis. Kebanyakan drama Shakespeare pula menggunakan puisi untuk kesan dramatik. Contoh karya tempatan ditemui dalam drama berjudul Matinya Seorang Pahlawan oleh Usman Awang. Drama ini menggunakan bentuk puisi berirama dalanm dialog untuk memperhebatkan kesan tragisnya. Dalam karya puisi berjudul �Pengakuan Pariyem� oleh Linus Suryadi AG menggunakan teknik drama dialog, monolog dan naratif untuk kesan estetik. Dalam sastera Parsi, puisi dramatik ditemui dalam saja �Katiba� oleh Mahdi Akhavan Thalith.
dramatic convensionkonvensi dramatikKesusasteraanTiadaKaedah lakonan serta latar yang telah diterima pakai sebagai kelaziman dalam lakonan bagi meniru keadaan dunia nyata. Konvensi dramatik ini tampil dalam pelbagai bentuk. Antaranya pemadatan tempoh waktu yang sebenar, penciptaan topeng dan pelaku sebagai mewakili watak sebenar, dan penzahiran pemikiran seperti yang terdapat dalam monolog dramatik. Konvensi dramatik yang lain ialah penggantungan ketidakpercayaan, iaitu kesanggupan khalayak menerima peristiwa dalam sesebuah karya yang biasanya dianggap mustahil tetapi benar-benar berlaku.
dramaturgydramaturgiKesusasteraanTiadaKomposisi dramatik atau seni dramatik, iaitu unsur-unsur teknikal yang digunakan dalam penulisan drama.
dramatic structurestruktur dramatikKesusasteraanTiadaDasar konflik yang dramatik dalam sesebuah drama.
dramatic sopranosoprano dramatikKesenianTiadaKekuatan suara vokal yang mampu mewujudkan kesan dramatik.
dramatic poetrypuisi dramatikKesusasteraanTiadaPuisi yang menggunakan bentuk drama atau beberapa unsur teknik dramatik bertujuan mencapai kesan puitis.
dramatic monologuemonolog dramatikKesusasteraanTiadaPuisi lirik yang memperlihatkan jiwa beraksi melalui percakapan satu watak dalam suatu situasi dramatik.
minimalismminimalismeKesusasteraanTiadaGaya dramatik yang mengehadkan karya kepada yang asas dan ringkas dalam bentuk yang singkat. Contohnya, karya haiku, epigram dan sketch dramatik yang amat singkat atau berbentuk monolog. Penggunaan latar hiasnya amat sedikit dan penggunaan kosa katanya kadangkala tanpa ujaran sehingga senyap sunyi. Contohnya, drama karya Samuel Beckett bertajuk Breath yang pementasannya mengambil masa 30 saat. Drama ini tidak mempunyai watak dan tiada sebarang ucapan.
12345678910...

Kembali ke atas