glycerol | gliserol | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Alkohol trihidrik yang jernih, tidak berbau, likat dan berasa manis. Gliserol merupakan komponen asas minyak dan lemak selain asid lemak. Gliserol wujud secara semula jadi dalam kebanyakan tumbuhan dan diperoleh sebagai bahan sampingan hidrolisis lemak dan minyak dalam pembuatan sabun atau daripada penapaian glukosa, atau melalui sintesis kimia propilena. Gliserol mempunyai kemanisan lebih kurang dua per tiga kemanisan sukrosa. Gliserol digunakan sebagai perencat penghabluran, humektan dan bahan pemanis dalam makanan bakeri, manis-manisan, dan kelapa parut. Ia juga digunakan sebagai pelarut bagi pewarna dan perisa makanan; dan sebagai bahan pelincir bagi alat pemprosesan makanan. Sinonim gliserin. |
trigesimo-secundo | per tiga puluh dua | Perpustakaan | Tiada | Tiada |
three-phase alternating current | arus ulang-alik tiga fasa | Teknik | Elektrik | tiga arus ulang-alik yang terpisah 120 darjah elektrik, atau satu per tiga kitar antara satu sama lain. arus ini mempunyai nilai frekuensi yang sama. pada sesuatu ketika satu daripada arus ini mencapai maksimum dan dua arus lain pula mempunyai separuh nilai maksimumnya pada arah yang bertentangan. |
neap tide | pasang surut anak | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Pasang surut yang beramplitud kecil yang terjadi dua kali dalam sebulan, mendekati waktu seperempat dan tiga per empat putaran bulan. |
branyo | branyo | Muzik | Tiada | Tarian sosial masyarakat Portugis di Melaka yang berasaskan joget atau ronggeng seperti lagu Jinkly Nona. Muziknya terdiri daripada irama tiga not per bit dan dua not per bit seperti yang terdapat dalam muzik Portugis dan Sepanyol. |
vorticity | kevortisan | Sains | Hidrometeorologi | Vektor di suatu titik dalam bendalir yang mengalami dua kali ganda kadar putaran setempat unsur bendalirnya. Komponen kevortisan dalam sebarang arah ialah peredaran per unit keluasan bendalir dalam suatu satah yang tegak lurus terhadap arah berkenaan. Dimensinya ialah T-1. Kevortisan merupakan sifat tiga dimensi medan gerakan sesuatu bendalir. |
joget | joget | Muzik | Tiada | Lagu dan tarian sosial rancak Melayu yang bermeter kuadrupel dan mempunyai rentak empat bit. Pukulan gong pada setiap dua bit. Iramanya menggunakan tiga not per bit dan dua not per bit seperti yang terdapat dalam muzik Portugis dan Sepanyol. Lagu joget diiringi oleh ensembel asli atau ronggeng. Alat muzik yang terlibat termasuklah biola, akord |