Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[duk.tus] | دوکتوس

Definisi : (Bio) saluran dlm tubuh yg mengalirkan cecair dsb: ~ air mata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[duk.tus] | دوکتوس

Definisi : ist salur atau tiub dlm badan yg melaluinya cecair mengalir: Kelenjar peluh berupa ~ yg berlingkar-lingkar dan terletak di bawah lapisan dermis. ~ peluh duktus yg melaluinya peluh mengalir keluar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata duktus


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bile ductduktus hempeduVeterinarPraklinikalSaluran atau duktus dalam lobul hati yang menerima rembesan hempedu daripada sel hepar. Beberapa duktus daripada lobul berdekatan dalam hati bercantum untuk membentuk duktus hepar. Duktus hepar ini kemudian bercantum lagi dengan duktus hepar yang lain untuk membentuk duktus hepar sepunya. Duktus hepar sepunya kemudiannya bercantum dengan duktus sista daripada kantung hempedu untuk membentuk duktus hempedu. Duktus hempedu ini menyalirkan rembesan hempedu ke dalam usus. Kuda merupakan satu-satunya haiwan yang tidak mempunyai kantung dan duktus hempedu.
Mullerian ductduktus MullerBiologiHistologi dan SitologiDuktus di sisi duktus mesofaros atau duktus Wolf yang menjadi sokong oviduktus. duktus paramesonefros.
Mullerian ductduktus MullerianVeterinarPraklinikalDuktus berpasangan dalam embrio. Dalam perkembangan embrio betina; duktus Mullerian akan berkembang menjadi sistem duktus betina. Sistem duktus ini termasuk oviduk; uterus; serviks dan vagina. Banding Wolffian duct.
Wolffian ductduktus WolffianVeterinarPraklinikalDuktus berpasangan dalam embrio. Dalam perkembangan embrio jantan; duktus Wolffian akan berkembang menjadi sistem duktus jantan. Sistem duktus ini termasuk vas eferens; epididimis; vas deferens dan uretra. Banding Mullerian duct.
ejaculatory ductduktus pancutBiologiHistologi dan SitologiBahagian hujung duktus deferens, selepas persimpangan duktus kantung seminal yang terdapat pada kelenjar prostata dan bersambung ke dalam uretra.
ductus vas deferensduktus vas deferensPerubatanTiadaDuktus kumuhan testis yang bergabung dengan duktus kumuhan vesikel mani untuk membentuk duktus pancutan.
parotid glandkelenjar parotidVeterinarPraklinikalSalah satu kelenjar air liur yang terletak pada dorsal telinga. Kelenjar ini dibahagikan kepada beberapa lobus yang sebilangan besarnya mempunyai duktus kecil. Duktus ini bergabung untuk membentuk duktus parotid besar. Kelenjar parotid menghasilkan rembesan serus untuk pelinciran makanan. Pada herbivor; kelenjar ini adalah besar untuk menghasilkan air liur yang banyak.
cochleakokleaVeterinarPraklinikalStruktur dalam telinga berbentuk seperti cangkerang siput yang berisi bendalir. Koklea terdiri daripada tiub tulang berpilin yang melingkar mengelilingi modiolus dan duktus koklea. Duktus koklea terletak di antara skala timpani dengan skala vestibuli. Skala timpani dipenuhi perilimfa sementara skala vestibuli dipenuhi endolimfa. Organ Corti dengan sel rambut derianya terletak dalam duktus koklea. Organ Corti berfungsi untuk mengesan impuls tekanan dan menukarkannya kepada impuls elektrik yang dialirkan melalui saraf auditori ke otak.
ductuleduktulPerubatanTiadaDuktus yang kecil, cabang duktus yang paling dekat dengan alveolus kelenjar.
urethrauretraBiologiHistologi dan SitologiDuktus yang mengalirkan air kencing dari pundi kencing ke luar dan pada lelaki, juga mengalirkan semen. Duktus pada haiwan jantan terbahagi dua, iaitu duktus di bahagian pelvis dan duktus di bahagian zakar.
12345678910...

Kembali ke atas