durian | durian | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu Durio spp. Coelostegia spp., dan Neesia spp. daripada famili Bombacaceae. Spesies utama kayu durian termasuk Durio malaccensis, D. oxleyanus, Coelostegia borneesis, C. griffithii, Neesia altissima dan N. malayana. Gubal kayu durian berwarna keputih-putihan bagi Durio spp., kuning pucat bagi Neesia spp., dan kuning jingga bagi Coelostegia spp. Bagi Durio spp. dan Neesia spp., gubal kayunya mudah dibezakan daripada teras kayu masing-masing, yang berwarna coklat merah jambu dan coklat kelabu. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 420 hingga 800 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang keras ringan. Bagi genus Neesia, tekstur kayunya agak keras dan sekata, dan bagi genus Durio dan Colostegia, tekstur kayunya tidak sekata. Kayu ini agak kuat, mudah dikerjakan, mempunyai ketahanan semula jadi yang rendah, tetapi mudah diawet. Sifat pengeringannya berbeza-beza mengikut spesies. Kayu durian digunakan untuk kerja binaan dalaman, rangka pintu dan tingkap, lan |
monoecious | monoesius | Herba | Botani dan Bioteknologi | Jenis tumbuhan yang mempunyai bunga jantan dan bunga betina pada pokok yang sama. Kebanyakan pokok adalah jenis monoesius. Contohnya, nangka (Artocarpus heterophyllus) dan durian (Durian zibethinus). |
spin-off | durian runtuh | Ekonomi | Tiada | Tiada |
Annona muricata | durian belanda | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan jenis pokok bersaiz kecil dalam famili Annonaceae. Tumbuhan ini berasal dari negara Amerika beriklim tropika. Daunnya jenis tunggal, bertekstur tebal dan berwarna hijau gelap. Bunganya jenis tunggal, bersaiz besar dan berwarna kuning kehijau-hijauan. Buahnya besar, berbentuk ovoid dan mengandungi banyak biji. Buah muda berwarna hijau dan bertukar hijau kekuning-kuningan apabila masak. Isi buahnya berwarna putih, menjadi lembut dan berair apabila masak. Bijinya berwarna perang hitam, berbentuk lonjong dan keras. Air rendaman daun digunakan secara luaran untuk merawat demam, masalah kulit, batuk dan sakit sendi. Buah muda dimakan untuk merawat cirit-birit. Buah yang masak boleh dimakan dan dibuat jus. |
golden parachute clause | peruntukan durian runtuh | Pentadbiran | Tiada | Peruntukan dalam piagam syarikat yang memberikan imbuhan besar kepada pengurus syarikat jika syarikat diambil alih oleh orang lain. |
ramiflory | ramiflori | Biologi | Ekologi | Keadaan apabila bunga terhasil daripada cabang, misalnya pada durian, Durio zibethinus. |
arillus | aril | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Bahagian lembut yang terdapat di bahagian luar setengah-setengah biji, seperti durian dan buah pala. |
kelarai binusak lampun(Mur.) | kelarai binusak lampun(Mur.) | Kesenian | Tiada | Corak anyaman berunsur tumbuhan berbentuk bunga durian. Di Semenanjung dikenali dengan nama kelarai bunga cina. |
autochthonous flora | tumbuhan asli | Pertanian | Agronomi | Tumbuhan tempatan atau tumbuhan yang berasal dari wilayah tertentu. Contohnya, rambutan, durian dan kelapa ialah tumbuhan asli di Malaysia, manakala getah dan kelapa sawit bukan tumbuhan asli kerana telah di bawa masing-masing dari Brazil dan Afrika. |
aggregate fruit | buah agregat | Botani | Tiada | Buah yang terbentuk daripada banyak pistil yang bercantum dalam satu bunga. Contohnya, buah durian belanda dan buah nona. |