classic device | simbol klasik | Perpustakaan | Tiada | Dalam Pengelasan kolon, simbol x yang diberi selepas nombor kelas bagi sesuatu karya dengan mengutamakan faset karya atau pengarang supaya edisi-edisi klasik yang lain dapat diletakkan bersama di dalam satu kelas. |
author's edition | edisi pengarang | Perpustakaan | Tiada | 1. Edisi terkumpul atau edisi lengkap bagi karya-karya pengarang yang dijilid seragam, dengan judul kolektif pada halaman judul. 2. Edisi penerbitan yang telah diberi kuasa oleh pengarang. |
standard edition | edisi biasa/edisi standard | Kesusasteraan | Tiada | Penerbitan biasa sesuatu naskhah untuk bacaan ramai mengikut sistem semasa. Contoh: sistem ejaannya disesuaikan mengikut ejaan semasa. |
added edition | edisi tambahan | Perpustakaan | Tiada | Edisi sesuatu karya yang diperoleh yang berbeza daripada edisi yang sedia ada di perpustakaan. |
variorum edition | edisi variorum | Kesusasteraan | Tiada | 1. Edisi karya sastera yang memuat daftar semua varian teks dalam naskhah pengarang dan dalam cetak ulang.,2. Edisi karya sastera yang menyertakan kumpulan catatan dan komentar dari para pengkritik dan penyunting terdahulu tentang teks. |
edition | suntingan; edisi | Kesusasteraan | Tiada | Edisi: Jumlah keseluruhan salinan buku, majalah atau akhbar yang terhasil dalam sekali proses percetakan atau satu salinan atau versi karya sastera yang diterbitkan pada satu waktu tertentu. |
authorized edition | edisi sahih | Perpustakaan | Tiada | Edisi yang dihasilkan dengan persetujuan pengarang, atau wakilnya yang akan diberi hak dan keistimewaan sebagai mewakili dirinya. |
acting edition | edisi lakonan | Perpustakaan | Tiada | Edisi drama yang mengandungi teks yang digunakan pada penerbitan pentas, khusus untuk memberi arahan kepada para artis. |
abridged edition | edisi ringkas | Perpustakaan | Tiada | Edisi yang teks asalnya telah diringkaskan. |
cabinet edition | edisi perpustakaan | Perpustakaan | Tiada | Edisi buku untuk perpustakaan yang mempunyai mutu kertas dan jilidan yang baik dan dicetak dalam format yang besar dan berukuran standard. |