effective radiation | sinaran efektif | Sains | Hidrometeorologi | Sama dengan sinaran bumi efektif. |
effective noctural radiation | sinaran malam efektif | Sains | Hidrometeorologi | Lihat sinaran bumi efektif. |
minimum effective plasma concentration | konsentrasi plasma efektif minimum | Farmasi | Farmaseutik | Lihat kepekatan plasma efektif minimum. |
saturation, effective degree of | darjah ketepuan efektif | Hidrologi | Tiada | Nisbah isi padu air efektif terhadap isi padu lowong. |
velocity, effective syn. velocity, field | halaju efektif | Hidrologi | Tiada | Luahan spesifik air-tanah dibahagi dengan keliangan efektif akuifer. Sin.: halaju medan |
permeability, effective | ketelapan efektif | Hidrologi | Tiada | Ketelapan medium berliang terhadap bendalir yang memenuhi hanya sebahagian ruang liang. Bahagian yang selebihnya dipenuhi oleh bendalir lain. Ketelapan efektif adalah fungsi ketepuan. |
precipitation, effective see also rainfall, excess | kerpasan efektif lihat juga curahan hujan lebihan | Hidrologi | Tiada | (1) Bahagian curahan hujan yang menghasilkan larian. (2) Dalam pertanian, kerpasan efektif adalah bahagian curahan hujan yang tinggal dalam tanih dan digunakan untuk pertumbuhan tanaman. |
effective terrestrial radiation | sinaran bumi efektif | Sains | Hidrometeorologi | Perbezaan antara sinaran bumi inframerah yang keluar dari permukaan bumi dan sinaran balas inframerah yang masuk dari atmosfera. Perbezaan ini merupakan kuantiti positif yang bernilai beberapa perpuluhan langley (satu gram-kalori per sentimeter persegi) per minit pada keseluruhan hari (kecuali dalam keadaan awan mendung rendah). Maksimum harian biasanya terdapat pada waktu tengah hari apabila suhu tanih tinggi dan mengakibatkan kadar keluaran sinaran bumi yang tinggi. (Oleh itu, sinonimnya sinaran malam mudah menimbulkan kekeliruan). Akan tetapi, pada waktu siang, sinaran bumi efektif umumnya jauh berkurangan daripada penyuriaan manakala pada waktu malam, sinaran bumi efektif jauh lebih banyak daripada yang lain dalam imbangan tenaga permukaan bumi. Istilah ini juga dikenali sebagai sinaran malam atau sinaran efektif. |
effective hydraulic conductivity | kekonduksian hidraulik efektif | Hidrogeologi | Tiada | Kemampuan tanih atau batuan yang tak tepu untuk meneruskan air atau cecair lain. Ini ialah kadar pengaliran air melalui suatu medium berliang yang mengandungi lebih dari satu bendalir, dan harus ditentukan mengikut jenis dan kandungan bendalir dan tekanan yang sedia ada (USGS). Cecair ini harus bergerak melalui dan dalam badan yang mengelilingi titik sentuh butiran batuan, kerana ruang antara yang lebih besar sebahagiannya terisi udara atau gas lain dan bukan cecair. Oleh itu, untuk air, kekonduksian bertambah dengan kandungan lengas, dari sifar pada bahan yang benar-benar kering hingga paras maksimum sama dengan kekonduksian hidraulik tepu. (Dimensi: LT-1) Ruj.: Lohman drr. 1972 Sin.: kekonduksian rerambut, ketelapan efektif, ketelapan nisbi |
effective occupation | pendudukan efektif | Undang-undang | Tiada | Tiada |