ecology | ekologi | Biologi | Ekologi | Kajian tentang hubungan antara organisma hidup dengan persekitarannya, termasuk faktor fizikal dan biotik. Cabang ekologi termasuklah ekologi ekosistem, ekologi fisiologi, ekologi gunaan, ekologi haiwan, ekologi holistik, ekologi komuniti, ekologi pengeluaran, ekologi populasi, ekologi ruang, dan ekologi sinaran. |
ecological amplitude | amplitud ekologi | Biologi | Ekologi | Keupayaan spesies untuk hidup dalam julat parameter yang terhad, seperti cahaya matahari, suhu atau keasidan tanah. Jika satu antaranya berada di luar julat ketoleranan spesies, faktor sekitaran yang berkenaan disebut sebagai faktor pengehad. |
ecological factor | faktor ekologi | Biologi | Ekologi | Faktor persekitaran yang mempengaruhi pertumbuhan, perkembangan, dan taburan organisma dan seterusnya menentukan ciri-ciri komuniti organisma tersebut. Misalnya, jenis tanah, kelembapan, pH, suhu, dan organisma lain. |
ecological impact | kesan ekologi | Biologi | Ekologi | Kesan terhadap persekitaran, yang disebabkan sama ada oleh perubahan secara semula jadi, seperti tanah runtuh dan banjir, atau oleh perubahan yang dilakukan oleh manusia, seperti penebangan hutan. |
ecological equivalent | kesetaraan ekologi | Biologi | Ekologi | Keadaan yang berlaku apabila spesies yang berlainan mempunyai bentuk hidup yang serupa, terutama dari segi pemakanan. Misalnya, seladang yang makan rumput di Malaysia adalah serupa dengan sapi di Indonesia dan bison di Amerika Utara. |
ecological density | ketumpatan ekologi | Biologi | Ekologi | Bilangan individu atau biojisim, atau isipadu per unit kawasan. |
ecological niche | nic ekologi | Biologi | Ekologi | Lihat nic |
autecology | autekologi | Biologi | Ekologi | Kajian ekologi yang berkaitan dengan sesuatu organisma. Kajian ini lebih menekankan kitar hidup dan lakuan organisma tersebut. Sinonim autoekologi. Lihat juga sinekologi. |
bioecology | bioekologi | Biologi | Ekologi | Kajian ekologi yang memberikan penekanan yang sama pada haiwan dan tumbuhan. |
ecosystem | ekosistem | Biologi | Ekologi | Sistem ekologi yang melibatkan pengaliran tenaga melalui rantai serta jaringan makanan, dan perkitaran nutrien secara biogeokimia. Sistem ini terdiri daripada pengeluar, iaitu organisma autotrof, terutama tumbuhan hijau; pengguna, iaitu organisma heterotrof, terutama haiwan; pengurai, yang juga terdiri daripada organisma heterotrof, terutama bakteria dan kulat. Aktiviti pengeluar, pengguna, dan pengurai dipengaruhi oleh keadaan fizik dan kimia sekitaran. |