Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : cabang ekonomi yg menganalisis ekonomi berdasarkan pendekatan politik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
politik (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan siasah, kenegaraan, kerajaan, pemerintahan, pentadbiran negara.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
political economyekonomi politikEkonomiTiadaCabang ekonomi yang menganalisis kegiatan ekonomi berdasarkan pendekatan politik. Pada masa dahulu ilmu ekonomi merujuk ekonomi politik.
political economyekonomi politikPentadbiranPentadbiran Awam

Cabang ilmu politik yang membincangkan pengaruh ekonomi terhadap politik. Bidang ini penting bagi memahami bagaimana perkembangan politik sesebuah negara sangat kuat dipengaruhi oleh faktor ekonomi.Ia menumpukan persoalan penindasan, kelas dan konflik kelas, hutang luar negara, pelaburan, perkembangan kapitalisme dan sebagainya yang berkait dengan ekonomi. Ekonomi politik juga memberi banyak fokus kepada persoalan hubungan antara negara miskin dengan negara maju. Disiplin ini merupakan salah satu daripada cabang ilmu sains politik seperti falsafah politik, teori politik, politik Malaysia dan juga sosiologi politik.

political economyekonomi politikGeografiTiadaTiada
political economyekonomi politikSains PolitikTiadaTiada
classkelasSejarahTiada2. Kedudukan sosial kelompok manusia dalam masyarakat berdasarkan status, ekonomi, politik atau minat.
upstream thinkingpemikiran huluanKejururawatanTiadaPerihal mengenal pasti dan mengubah suai faktor ekonomi, politik dan pemboleh ubah persekitaran yang mengakibatkan kemerosotan kesihatan sedunia.
culturekultur; kebudayaan; budayaSejarahTiada3. Kebudayaan; budaya: Cara hidup manusia yang merangkumi aspek agama, sosial, ekonomi, politik, bahasa, pendidikan dan ilmu pengetahuan yang dipelajari, diamalkan serta diwarisi dari satu generasi ke satu generasi.
International Political EconomyEkonomi Politik AntarabangsaSains PolitikHubungan AntarabangsaPendekatan yang digunakan dalam pengajian antarabangsa pada tahun 1970-an. Dalam tempoh tersebut, harga minyak di seluruh dunia meningkat dan sistem kewangan antarabangsa Bretton Woods menjadi lemah. Pendekatan ini menggabungkan analisis politik dan ekonomi dalam kajiannya. Sebelum ini, pendekatan kajian berdasarkan kepada perspektif bidang sejarah sosiologi dan sejarah ekonomi. Kini, pendekatan tersebut menjadi asas kepada pemahaman tentang kebanyakan hubungan antarabangsa. Keadaan ini disebabkan faktor seperti globalisasi, penggunaan internet dan penubuhan blok-blok ekonomi di benua Asia, Eropah dan Amerika Utara.
boycottboikotSains PolitikHubungan AntarabangsaTindakan pemulauan terhadap sesuatu pihak dengan cara enggan mengadakan sebarang urusan, dalam bidang sosial, ekonomi, politik, kebudayaan atau ketenteraan. Pemulauan merupakan satu bentuk hukuman terhadap sesuatu pihak yang telah melanggar atau tidak patuh kepada peraturan sistem antarabangsa. Dari sudut sejarah, istilah tersebut mengambil sempena nama James Boycott seorang bangsawan Ireland. Beliau telah mengenakan dasar penindasan terhadap para pekerja dan penyewa tanahnya. Sebagai tindak balas, para pekerjanya pada semua peringkat memboikot segala urusan dengan beliau. Tindakan ini telah berjaya melumpuhkan urusan James Boycott.
primary demand/ generic demandpermintaan asasKomunikasiKorporatJenis permintaan terhadap barangan berasaskan kelompok dan bukannya jenama. Jenis permintaan terhadap kelompok barangan boleh berubah disebabkan oleh pengaruh ekonomi, politik, teknologi, dan persekitaran sosiobudaya. Kelompok barangan boleh terbentuk berasaskan ciri pengeluaran barangan. Contohnya, barangan yang berasaskan sistem mekanikal berbanding barangan yang berasaskan ciri elektronik (digital atau analog), barangan berasaskan organik berbanding barangan berasaskan bahan kimia, dan barangan berasaskan seramik berbanding barangan plastik. Penjenisan permintaan bagi kelompok barangan dilakukan untuk menentukan andaian arah aliran pasaran semasa dan akan datang. Perubahan permintaan keseluruhan biasanya berlaku disebabkan oleh kemajuan teknologi. Contohnya, pada tiga suku terakhir abad ke-20, permintaan terhadap barangan berasaskan sistem digital meningkat berbanding barangan berasaskan mekanikal. Permintaan asas dikenali juga sebagai permintaan generik.
12345678910...

Kembali ke atas