economies of scope | ekonomi cakupan | Pengurusan | Perancangan | Tahap pencapaian yang ekonomik apabila terdapatnya pertambahan dalam pelbagai jenis produk, kecekapan teknologi dan peluasan kawasan geografi. Tahap pencapaian yang ekonomik bermaksud pengurangan jumlah kos operasi apabila berlakunya perkongsian kos melalui pertambahan aktiviti pengeluaran. |
arable land | tanah suai tani | Perhutanan | Tiada | Tanah yang terletak di kawasan yang pengeluaran tanamannya adalah ekonomik dan praktikal. |
arable land | tanah suai tani | Geografi | Tiada | Tanah yang terletak di kawasan yang pengeluaran tanamannya adalah ekonomik dan praktikal. |
arable land | tanah suai tani | Geografi | Tiada | Tanah yang terletak di kawasan yang pengeluaran tanamannya adalah ekonomik dan praktikal. |
arable land | tanah suai tani | Pertanian | Tiada | Tanah yang terletak di kawasan yang pengeluaran tanamannya adalah ekonomik dan praktikal. |
arable land | tanah suai tani | Pertanian | Tiada | Tanah yang terletak di kawasan yang pengeluaran tanamannya adalah ekonomik dan praktikal. |
renewal planting/replanting | penanaman semula | Pertanian | Agronomi | Penanaman baru yang dilakukan setelah tanaman saka seperti getah dan kelapa sawit mencapai umur yang hasilnya tidak begitu ekonomik untuk dituai. Pokok di kawasan tersebut akan ditebang dan diganti dengan tanaman baru. Bagi tanaman semusim seperti padi dan jagung, penanaman semula dilakukan setiap kali hasilnya telah dituai. |
crop | tanaman | Pertanian | Agronomi | Tumbuhan yang sengaja ditanam pada sesuatu kawasan tanah dengan menggunakan biji benih atau bahan tampang, dibaja dan dilindungi dari musuh dan penyakit serta diberi pengairan, bertujuan mendapatkan hasil yang ekonomik. Hasil tanaman termasuk buah, biji, batang, daun dan akar yang dimakan atau dijadikan bahan asas industri. Contohnya, getah pada asalnya adalah tumbuhan liar di Brazil tetapi menjadi tanaman ekonomi setelah ditanam secara terancang di Malaysia. |
catalogue verse | puisi katalog | Kesusasteraan | Tiada | Puisi yang menunjukkan senarai rekod nama individu, tempat, peristiwa, objek atau buah fikiran. Puisi katalog bertujuan memudahkan ingatan atau hafalan tentang sesuatu susunan peristiwa, genealogi atau fakta. Teknik penyenaraian akan memberikan kesan ringkas, dramatik, dan ekonomik terhadap puisi tersebut. Puisi katalog biasanya wujud dalam karya epik, iaitu penglibatan hero dalam beberapa siri peperangan yang dibuat dalam bentuk senarai. Contohnya, karya Milton berjudul Paradise Lost yang memperlihatkan beberapa senarai genealogi dan unsur mitologi. Contoh lain terdapat dalam karya Walt Whitman berjudul Song of Myself (1855). Dalam karya tersebut, pengarang memasukkan beberapa senarai panjang tentang genealogi dan maklumat geografi yang berkaitan dengan susunan nama individu, tempat, dan pekerjaan yang terdapat di Amerika Syarikat. |