windbreak | tampan angin | Kesenian | Seni Bina | Elemen-elemen yang digunakan untuk mengalihkan arah angin dari alirannya yang sebenar, dan memberikan perlindungan kepada bangunan supaya tidak musnah. Contoh elemen yang biasa digunakan ialah pokok-pokok, semak, pagar, dinding tegak bebas yang dibentuk khas dan sebagainya. |
code characters | kod | Perpustakaan | Tiada | Gabungan elemen-elemen kod yang mewakili satu simbol atau mempunyai satu nilai. |
landscape construction | binaan landskap | Sosiologi | Tiada | Elemen-elemen landskap seperti tembok, pagar, wakaf, empangan kecil atau pancutan air. |
bureaucratic characteristics | ciri-ciri birokratik | Pentadbiran | Tiada | Elemen-elemen pentadbiran yang tidak bersifat personal melibatkan tugas-tugas sah yang diperinci dengan jelas; rantaian pemerintahan; prosedur pemilihan pekerja yang terselenggara; perlantikan kakitangan; perkembangan kerjaya dan penggajian; penggunaan peraturan tertentu dan kawalan yang seragam. Antara ciri-ciri birokratik ialah agihan kerja mengikut profesion dan hirarki dalam sesebuah organisasi dari jawatan tertinggi hingga ke peringkat bawahan; kuasa yang berbeza mengikut hirarki dan hubungan pekerja dengan pihak pentadbiran yang bersifat rasmi yang ditentukan oleh peraturan. Peraturan ini juga turut mengawal dan menentukan tingkat kualiti dan produktiviti; pemilihan pekerja berdasarkan kelayakan yang sesuai dan tidak dipengaruhi oleh hubungan peribadi. |
sheet layout | susun atur helaian | Landskap | Tiada | Kedudukan elemen-elemen tertentu dalam sesuatu kertas lukisan pelan seperti kotak tajuk, lokasi, petunjuk, kedudukan lakaran dan skala. |
decision criteria | kriteria keputusan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Pengelasan atau elemen-elemen ketetapan yang diambil oleh organisasi atau pihak pentadbir atasan terhadap sesuatu tindakan. Keputusan segera, keputusan sebulat suara, keputusan sulit dan keputusan atasan merupakan beberapa model di dalam kriteria keputusan yang bergantung kepada hierarki pengurusan. Antara perkara yang termaktub dalam kriteria keputusan ialah perincian matlamat, penilaian risiko, implikasi kewangan, kerasionalan dan jangkauan dapatan. |
historic preservation planning | perancangan pengekalan sejarah | Sosiologi | Tiada | Perancangan bagi penjagaan elemen-elemen sejarah dalam keadaan asal bagi menghindarkannya daripada musnah. |
analytical method | analisis) | Perpustakaan | Tiada | Kaedah yang digunakan dalam pengelasan, dengan memecahkan satu subjek khusus kepada elemen-elemen juzuk mengikut formula tertentu, yang kemudian disusun semula untuk menghasilkan satu penyusunan yang terbaik. |
spatial depth | kedalaman ruangan | Landskap | Tiada | Persepsi pemerhati terhadap keluasan sesuatu tempat. Ini boleh diwujudkan dengan pengolahan warna, bentuk dan ketinggian elemen-elemen di tempat tersebut. Contohnya, penggunaan warna terang di bahagian latar depan dan warna gelap di belakang yang menyebabkan ruang kelihatan lebih luas. |
modern style | gaya moden | Kesenian | Seni Bina | Gaya reka bentuk moden yang diperkenalkan dari era modenisme. Seni bina moden biasanya bebas daripada elemen-elemen yang tidak perlu. Tumpuan seni bina moden diberi pada aspek ruang, dan bukannya pada aspek hiasan atau butiran yang tidak relevan seperti dalam seni bina klasik. Cita rasa moden mementingkan kesederhanaan dan kejelasan ruang. Bangunan seharusnya kelihatan bersih, berfungsi, bersifat lebih ringkas dan mudah. |