dew | embun | Sains | Hidrometeorologi | Air yang terpeluwap di atas rumput atau benda-benda lain di bumi yang mengalami kejatuhan suhu sehingga di bawah takat embun udara permukaan disebabkan oleh penyejukan sinaran malam, tetapi masih lebih tinggi daripada suhu pembekuan. Ibun beku terjadi sekiranya takat embun lebih rendah daripada takat beku. Sekiranya suhu menurun ke bawah takat beku selepas embun terjadi, embun beku ini dikenali sebagai embun putih. Keadaan yang sesuai untuk kejadian embun ialah: Permukaan pancaran yang tertebat daripada bekalan haba tanih, untuk embun memeluwap di atasnya; atmosfera yang tak berawan dan mempunyai nilai kelembapan spesifik yang rendah di semua lapisan kecuali dekat permukaan bumi supaya penyinaran bumi dapat berlaku dengn berkesan untuk menyejukkan bumi; dan udara permukaan yang mempunyai kelembapan nisbi yang tinggi atau berhampiran dengan sumber kelengasan seperti tasik. |
frost | ibun | Hidrologi | Tiada | (1) Sin. embun putih; ibun putih; lihat juga embun beku; rime. Embun beku atau wap. (O.D) (2) Sin. pembekuan Penurunan suhu udara ke suatu nilai yang sama dengan atau lebih rendah dari takat beku air (0o C pada tekanan biasa). (WMO) |
dew-point hygrometer | higrometer takat embun | Geologi | Tiada | Higrometer yang digunakan untuk menentukan takat embun dengan mencerap suhu permukaan yang disejukkan secara buatan pada ketika embun mula-mula terbentuk di atasnya. |
dew point bygrometer | higrometer takat embun | Sains | Hidrometeorologi | Higrometer yang digunakan untuk penentuan takat embun (ibun) dengan mencerap suhu suatu permukaan yang disejukkan secara buatan pada ketika embun mula-mula terbentuk di atasnya. |
drosometer | drosometer | Sains | Hidrometeorologi | Alat yang digunakan untuk mengukur banyaknya embun yang terbentuk pada suatu permukaan tertentu. Satu jenis terdiri daripada cawan kaca vakum berbentuk hemisfera yang terdedah kepada atmosfera. Embun yang terbentuk di permukaan kaca secara automatik terkumpul di dalam cawan dan ditimbang pada akhir tempoh pendedahan. Satu jenis drosometer lagi, yang dinamakan tolok embun Duvdevani, terdiri daripada seketul kayu yang permukaannya telah diproses sehingga embun terbentuk padanya dalam pola cirian. Gambar foto dibekalkan bersama setiap alat untuk membolehkan pencerap memadankan pembentukan embun dengan satu set piawaian bersepadanan dengna jatuhan embun dari 0.01 � 0.45 mm. |
dew-point temperature | suhu takat embun | Sains | Hidrometeorologi | Suhu yang padanya suatu kompok udara mesti disejukkan dalam keadaan tekanan malar sehingga kompok udara ini menjadi tepu. Suhu takat embun dapat dipastikan secara langsung melalui beberapa jenis higrometer takat embun. Lazimnya suhu ini dipastikan melalui pengiraan daripada pencerapan langsung psikrometer. |
dew-point | takat embun | Sains | Hidrometeorologi | Lihat suhu takat embun. |
dew point | takat embun | Kimia | Tiada | Suhu ketika udara lembap menjadi tepu dan membentuk embun apabila bersentuhan dengan sesuatu permukaan. |
dew point | takat embun | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Takat yang menunjukkan air akan mula bertukar menjadi embun. |
dew-point recorder | perakam takat embun | Kejuruteraan | Petroleum | Peranti yang digunakan oleh syarikat pembawa gas atau syarikat pengangkutan yang khusus membawa gas untuk menentukan takat embun gas yang dibawa secara terus menerus. |