Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[én.do.sper.ma] | ايندوسڤرما

Definisi : (éndosperma) (Bio) tisu pd kantung embrio tumbuhan berbiji, yg lazimnya menyimpan bahan makanan yg terurai semasa proses percambahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[én.do.sper.ma] | ايندوسڤرما

Definisi : /éndosperma/ ist tisu yg terdapat pd kantung embrio tumbuhan berbiji, biasanya tempat menyimpan bahan makanan spt kanji dan protein. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata endosperma


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
endospermendospermaBotaniTiadaTisu menyimpan makanan yang terdapat di sekeliling embrio. Endosperma terbentuk daripada penyatuan satu gamet jantan dengan dua nukleus kutub dalam pundi embrio.
soft wheatgandum lembutMakanan dan PemakananTeknologi MakananGandum yang mengalami pemecahan endosperma secara rawak dan menghasilkan sel endosperma yang mudah pecah serta melekat pada kulit. Gandum lembut menghasilkan tepung yang sangat halus, melekat sesama sendiri serta sukar diayak. Gandum lembut mempunyai kandungan protein yang rendah dan menghasilkan tepung yang kuat serta berupaya membentuk doh yang lebih kenyal. Gandum ini lebih sesuai bagi pembuatan roti kerana menghasilkan roti yang berisi padu tinggi, bertekstur baik dan boleh disimpan lama.
hard wheatgandum kerasMakanan dan PemakananTeknologi MakananGandum yang mengalami pemecahan endosperma di sepanjang garis sempadan sel apabila dikisar, dan menghasilkan sel endosperma yang lebih bersih dan masih tidak rosak. Gandum ini menghasilkan tepung yang kasar, bergerak bebas dan mudah diayak serta mengandungi zarah yang seragam. Gandum keras mempunyai kandungan protein yang tinggi dan menghasilkan tepung yang kuat serta berupaya membentuk doh yang lebih kenyal. Gandum ini lebih sesuai bagi pembuatan roti kerana menghasilkan roti yang berisi padu tinggi, bertekstur baik dan boleh disimpan lama.
aleurone layerlapisan aleuronBotaniTiadaLapisan paling luar endosperma yang terdapat dalam tumbuhan bijirin. Lapisan ini mengandungi butiran protein dan enzim hidrolitik yang terlibat dalam proses penghadaman endosperma.
endospermendospermaPertanianTiadaTiada
endospermendospermaPerhutananTiadaTiada
endospermendospermaPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
endospermendospermaBiologiUmumTiada
endospermendospermaBioteknologiTiadaTisu yang kaya dengan zat pemakanan di dalam biji benih. Tisu ini diserap semasa perkembangan embrio atau menjadi tisu simpanan bagi biji benih yang matang.
endospermendospermaPerhutananPengurusan HutanTisu simpanan dalam biji benih yang mengandungi nutrien daripada minyak, lemak, kanji dan protein pada kebanyakan biji benih angiosperma. Nutrien ini penting untuk perkembangan embrio.
1234

Kembali ke atas