electronic news gathering (ENG) | pengumpulan berita elektronik | Komunikasi | Tiada | Proses mengumpul berita dengan menggunakan kaedah mengumpul dan menyunting gambar serta perkataan. Pendekatan ini dikenali sebagai teknologi ENG kerana mempunyai kemampuan memproses rakaman gambar dan bunyi serta melakukan penyuntingan dengan menggunakan alat perakam bimbit yang kecil. Melalui proses ini bahan berita yang terkumpul boleh disiarkan secara langsung. |
piezometer | piezometer | Hidrogeologi | Tiada | Alat yang direka untuk mengukur tekanan bendalir, terutama untuk air tanah. Alat ini, seperti perigi cerapan, digunakan untuk mengukur hulu tekanan di sesuatu takat. Ruj.: Am. Soc. Civil Eng. 1958 |
flow net | jaring alir | Hidrogeologi | Tiada | Jaring garis sekeupayaan dan garis alir yang menghuraikan aliran dua-dimensi dalam medium berselanjar, yang baginya hukum Darcy terpakai. Dalam medium isotropi garis ini tegak lurus. Ruj.: Am. Soc. Civil Eng. 1958 Sin.: pola alir |
flow line | garis alir | Hidrogeologi | Tiada | Lintasan yang dilalui oleh air yang bergerak secara laminar melalui akuifer ke arah hulu menurun. Lintasan ini merupakan satu garis tegak lurus pada garis sekeupayaan ke dalam akuifer isotropi (Walton). Ruj.: Am. Soc. Civil Eng. 1958 Sin.: garis arus |
seepage velocity | halaju rembesan | Hidrogeologi | Tiada | Kadar luah air rembesan melalui suatu medium berliang tak tepu per unit luas lowong tempat air bergerak, tegak lurus pada arah aliran. Ini merupakan purata halaju sebenar sesuatu aliran tak tepu. (Dimensi: LT-1) Ruj.: Am. Soc. Civil Eng. 1958 Sin.: kadar rembesan |
radius of influence | jejari pengaruh | Hidrogeologi | Tiada | Jarak jejari dari pusat perigi ke pinggir kawasan pengaruhnya. �Jejari� menggambarkan suatu kawasan bulat, yang jarang terdapat di lapangan. Bagi kawasan berbentuk lain, jarak tersebut mungkin dinyatakan sebagai jarak minimum atau jarak purata. Ruj.: Am. Soc. Civil Eng. 1958 |
moisture content | kandungan lengas | Hidrogeologi | Tiada | Kandungan air dalam tanih atau medium yang tak tepu; kandungan lengas gravimetri yang didefinisikan dalam mekanik tanah sebagai nisbah peratusan berat air dan berat butiran pepejal medium berliang yang mempunyai isi padu tertentu. Kandungan lengas volumetri dalam ilmu fizik tanih didefinisikan sebagai isi padu kandungan air dalam tanih. (Tak berdimensi) Ruj.: Am. Soc. Civil Eng. 1958 Sin.: kandungan lengas tanih. |