Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai aerofon. Engkerurai merupakan sejenis organ mulut yang mempunyai paip dengan rid yang tidak dikawal. Alat muzik ini mempunyai enam hingga tujuh tiub buluh yang ditiunkan dalam skel pentatonik. Setiap hujung tiub dimasukkan dan digamkan dalam sebiji labu. Pemain meniup udara ke dalam labu tersebut melalui rid untuk menghasilkan pic tertentu. Alat muzik ini dimainkan oleh suku kaum Iban di Sarawak. Lihat juga sompoton.
Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai aerofon jenis organ mulut. Alat muzik ini dimainkan oleh Orang Ulu di Sarawak. Lihat juga engkerurai.
Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai aerofon jenis organ mulut. Alat muzik ini terdapat di Thailand dan di Laos. Lihat juga bungkau, engkerurai.
Thanks for clicking. That felt good.