cataloguing rules | undang-undang pengkatalogan | Perpustakaan | Tiada | Satu set peraturan sebagai panduan kepada para pengkatalog dalam menyediakan entri-entri untuk katalog bagi memastikan keselarasan dalam pemprosesannya termasuklah peraturan untuk pengkatalogan perkara, dan memfail serta menyusun entri-entri. |
author catalogue | katalog pengarang | Perpustakaan | Tiada | Katalog abjad bagi entri-entri pengarang dan entri tambahan pengarang seperti editor, penterjemah, pengarang bersama, badan korporat, perkataan pertama bagi judul atau sebarang perkataan atau nama yang digunakan sebagai tajuk untuk entri utama. |
card catalogue | katalog kad | Perpustakaan | Tiada | Katalog yang mengandungi entri-entri pada kad-kad yang berasingan yang disusun menurut susunan tertentu di dalam laci. |
cumulated volume | naskhah terkumpul | Perpustakaan | Tiada | Penerbitan yang mengandung entri-entri untuk bibliografi, katalog, indeks, dan lain-lain yang sebelumnya wujud di dalam bahagian-bahagian yang diterbitkan secara berkala dan dikumpulkan dalam satu urutan. |
classified catalogue | katalog berkelas | Perpustakaan | Tiada | Katalog yang mengandungi entri-entri yang disusun menurut susunan berkelas secara logik dan sistematik yang dapat menunjukkan heirarki di antara subjek. |
automatic assignment indexing | pengindeksan penentuan automatik | Perpustakaan | Tiada | Proses menggunakan mesin untuk menentukan entri-entri indeks dari segi teks sesuatu dokumen. |
automatic derivative indexing | pengindeksan hasil automatik | Perpustakaan | Tiada | Proses menggunakan mesin untuk memetik, atau menghasilkan entri-entri indeks daripada teks dokumen tanpa gangguan manusia apabila sahaja peraturan berprosedur atau program telah dirumuskan. |
chain procedure | tatacara berangkai | Perpustakaan | Tiada | Menggunakan hierarki berangkai sesuatu subjek bagi menghasilkan tajuk perkara dan rujukan atau entri-entri indeks secara berperaturan. |
bibliographic processing | pemprosesan bibliografi | Perpustakaan | Tiada | 1. Kerja rutin seperti mengecap, melabel, memberi nombor, dan sebagainya.,2. Penyediaan entri-entri indeks daripada buku, makalah jurnal atau butiran lain tentang maklumat, secara manual atau melalui sistem elektronik.,3. Tugas yang berkaitan dengan deskripsi, penyusunan dan pemuliharaan bahan-bahan arkib yang diusahakan untuk memudahkan penggunaan dokumen. |
corporate entry | entri korporat | Perpustakaan | Tiada | Entri katalog sama ada entri utama atau entri tambahan yang memuatkan karya-karya yang diterbitkan oleh kerajaan, jabatan kerajaan, badan-badan lain, persatuan, institusi atau lain-lain yang entri tersebut disediakan di bawah nama penerbitnya. |