Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata event management


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
event managementpengurusan acaraKomunikasiKorporatKaedah, sistem, dan proses perancangan dan pelaksanaan sesuatu program, projek, tindakan, atau majlis yang dijayakan oleh organisasi bagi tujuan melaksanakan dan mempromosikan sesuatu barangan, perkhidmatan, atau aktiviti yang dianjurkan oleh pihak tertentu sama ada individu atau organisasi. Pada kebiasaannya, individu atau organisasi akan melantik perunding pengurusan acara untuk menguruskan segala aspek yang berkaitan dengan acara sehingga sempurna. Tujuan mendapatkan khidmat perunding pengurusan acara adalah untuk memastikan sesuatu acara atau persembahan meninggalkan kesan kepada khalayak. Antara aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan acara termasuklah merancang strategi pelaksanaan, menguruskan kandungan acara seperti nyanyian dan persembahan kesenian, serta pengurusan jemputan dan protokol. Kepuasan yang dialami oleh khalayak melalui acara yang diurus secara berkesan boleh membantu meningkatkan citra organisasi.

Kembali ke atas