Facebook post | hantaran Facebook | Komunikasi Massa | Tiada | Mesej yang disiarkan kepada seluruh khalayak pengguna Facebook atau pada halaman profil individu tertentu. |
Facebook story highlights | soroton cerita Facebook | Komunikasi Massa | Tiada | Ciri dalam aplikasi Facebook yang membolehkan pengguna menyimpan cerita kegemaran secara kekal tanpa hilang setelah 24 jam berlalu dan bertujuan untuk dilihat oleh pengikut/rakan baharu dan lama. |
top fan | pengikut utama | Komunikasi Massa | Tiada | Pengguna atau pengikut Facebook yang aktif berinteraksi seperti menonton video, menekan butang ‘Like’, meninggalkan komen dalam ruangan maya yang disediakan dan berkongsi pautan laman itu ke akaun peribadi pengguna. |
top fan badge | lambang pengikut utama | Komunikasi Massa | Tiada | Penghargaan berbentuk lencana yang diberikan kepada pengguna atau pengikut Facebook yang aktif berinteraksi seperti menonton video, menekan butang ‘Like’, meninggalkan komen dalam ruangan maya yang disediakan dan berkongsi pautan laman itu di akaun peribadi pengguna. |
web-based seminar/webinar | seminar berasaskan web/webinar | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Seminar yang dilangsungkan melalui web atau sesawang dengan menggunakan platform media sosial seperti Google Meet, Facebook dan sebagainya. |
live streaming | penstriman langsung | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Proses penghantaran data video dalam talian yang dirakam dan disiarkan secara langsung tanpa memerlukan fail yang dimuat turun sepenuhnya. Perkhidmatan penstriman langsung merangkumi media sosial, permainan video dan sukan profesional. Penstriman langsung menggunakan platform seperti Facebook Live, Periscope, Kuaishou dan lain-lain. |