ex-all | tanpa semua | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Pembelian sesuatu sekuriti tanpa dividen, hak, bonus, waran atau faedah-faedah lain yang menyertai sesuatu sekuriti. |
x-all | tanpa semua | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Pembelian sesuatu sekuriti tanpa dividen, hak, bonus, waran atau faedah-faedah lain yang menyertai sesuatu sekuriti. |
cost-effectiveness analysis | analisis kos-keberkesanan | Sosiologi | Tiada | Penilaian dan perbandingan jumlah perbelanjaan yang telah dilaburkan ke atas sesuatu projek dengan faedah-faedah dan pembaikan yang terhasil daripada projek tersebut. |
collective bargaining | perundingan kolektif | Pengurusan | Perancangan | Suatu proses perundingan antara majikan dengan kumpulan pekerja mengenai peraturan dan isu-isu dalam hubungan pekerja-majikan seperti penggajian, persekitaran kerja, faedah-faedah dalam perkhidmatan dan aspek-aspek lain termasuk pampasan dan hak pekerja. Perundingan ini dijalankan secara formal dalam suasana yang baik bagi mencapai faedah dan kebaikan bersama. Kumpulan pekerja yang lebih formal dan teratur dengan suara yang lebih berpengaruh diwakili oleh kesatuan sekerja. Contoh kesatuan sekerja yang melakukan perundingan kolektif ialah Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE), yang menuntut perlindungan keselamatan yang lebih terjamin semasa mereka menjalankan tugas. |
date of record | tarikh rekod | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tarikh pemegang saham mesti berdaftar dalam buku rekod syarikat untuk membolehkan mereka menerima terbitan hak, bonus dan faedah-faedah lain. |
ghallah | faedah | Perniagaan Islam | Tiada | Faedah yang boleh dinikmati atau diperoleh daripada barangan. Contohnya, faedah meminum susu sehingga habis daripada haiwan yang diternak, memakan buah daripada pokok dan faedah menggunakan barangan seperti kenderaan atau pakaian. Dalam mazhab Maliki, ghallah merujuk secara khusus kepada faedah tambahan seperti faedah rumah ialah mendiaminya tetapi apabila disewakan maka menjadi faedah tambahan. |
deferred interest bond | bon faedah tertangguh | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Bon diterbitkan dengan diskaun dan tidak membayar faedah semasa. Faedah yang dinyatakan dikira berdasarkan perbezaan nilai masa terbitan dengan masa matang dan dikira atas asas kompaun bukan secara faedah biasa. |
fringe benefit | faedah sampingan; faedah pinggir | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
accidental death benefit | faedah mati kemalangan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Faedah tambahan yang bernilai sama atau lebih daripada faedah kontrak asal atau jumlah prinsipal. Faedah ini akan dibayar bersama-sama faedah lain apabila kematian berlaku disebabkan oleh sesuatu kemalangan. |
American Depository Receipts (ADRs) | Resit Depositori Amerika | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Dokumen yang dikeluarkan oleh bank di Amerika yang menunjukkan pemilikan tak langsung terhadap saham tertentu dalam sebuah syarikat di negara asing dengan pemegang dokumen berhak mendapat dividen dan faedah-faedah lain. Dokumen ini mempunyai ciri-ciri boleh niaga. |