burden of proof | beban pembuktian | Undang-undang | Tiada | Berkaitan dengan tugas suatu pihak yang membuat tuduhan untuk membuktikan fakta atau fakta-fakta dalam isu berkenaan. |
adjudicative facts | fakta adjudikasi | Undang-undang | Tiada | Perkara fakta berkenaan dengan pihak-pihak dalam prosiding pentadbiran berbanding dengan fakta-fakta perundangan. |
bundle of agreed facts | ikatan fakta dipersetujui | Undang-undang | Tiada | Fakta-fakta yang dipersetujui yang diikat bersama menjadi satu ikatan atau lebih. |
almanac | almanak | Perpustakaan | Tiada | 1. Penerbitan tahunan yang memuatkan fakta-fakta tentang astronomi, aniversari, maklumat statistik, kalendar harian, bulanan, percutian, dan sebagainya. |
science fiction | fiksyen sains; cereka sains | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk cerita khayalan atau fantasi yang mengambil fakta-fakta sains, andaian-andaian atau hipotesis-hipotesis sebagai dasar cerita. |
historical criticism | kritikan sejarahan | Kesusasteraan | Tiada | Kritikan melihat kesusasteraan dalam konteks sejarah dan sosial pada waktu karya itu dihasilkan dan meneliti fakta-fakta tentang kehidupan dan zaman pengarangnya. |
error of fact | kesilapan fakta | Undang-undang | Tiada | Kesilapan yang berlaku apabila sesuatu fakta tidak diambil kira, atau diambil kira sedangkan fakta itu tidak wujud. |
judicial notice | notis kehakiman | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Peraturan dalam undang-undang keterangan yang membenarkan mahkamah menerima sesuatu fakta (termasuk undang-undang) yang diketahui umum tanpa perlu dibuktikan oleh pihak yang bertelingkah di dalam mahkamah. Melalui peraturan ini, sesuatu fakta boleh diterima oleh mahkamah jika kebenaran fakta tersebut terlalu jelas dan tidak boleh disangkal lagi. Dengan itu, pihak yang bertelingkah tidak memikul beban untuk mengemukakan bukti bagi menunjukkan kebenaran fakta tersebut. Contohnya, di Malaysia, umum mengetahui bahawa tarikh 31 Ogos ialah cuti umum, maka mahkamah nasional akan mengambil notis kehakiman tentang fakta ini, dan fakta ini tidak perlu dibuktikan lagi. Namun, dalam konteks undang-undang antarabangsa, mahkamah atau tribunal antarabangsa tidak boleh mengambil notis kehakiman tentang sesuatu fakta dari undang-undang nasional. Mahkamah antarabangsa memerlukan bukti tentang undang-undang nasional itu yang boleh diberi oleh pakar undang-undang nasional tersebut, malah boleh juga melakukan pen |
mistake of fact | kesilapan fakta | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Kekhilafan mengenai sesuatu perkara selain daripada kesilapan undang-undang. Kesilapan fakta boleh menjadi alasan atau pembelaan oleh pihak tertuduh bagi mengelakkan tanggungjawab jenayah. Kesilapan fakta hendaklah membatalkan elemen mens rea (niat jahat), seperti kesilapan identiti mangsa. Contohnya, dalam undang-undang jenayah antarabangsa, seorang penempur yang menyangka sasarannya ialah seorang musuh, dan menyerang sasaran tersebut tetapi kemudiannya mendapati mangsa ialah orang awam yang dilindungi oleh undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Penempur yang tidak mempunyai niat untuk mensasarkan orang awam tersebut boleh menjadikan kesilapan fakta sebagai satu alasan jika dia didakwa di mahkamah. |
fact sheet | helaian fakta | Komunikasi | Korporat | Perincian maklumat tentang sesuatu organisasi, barangan atau perkhidmatan yang digunakan sebagai asas untuk menghasilkan skrip iklan, iklan media cetak, dan skrip pengumuman penerbitan. Perincian maklumat tentang sesuatu yang hendak diumumkan di radio dan televisyen juga disediakan kepada pengacara untuk tujuan hebahan secara langsung. Maklumat yang disediakan biasanya memberikan tumpuan kepada fakta yang meningkatkan citra atau menyokong hujah mengenai keistimewaan sesebuah organisasi. Barangan, dan penjelasan. Fakta yang bersifat saintifik merupakan fakta yang telah diuji kesahihannya melalui kaedah penyelidikan. Fakta hujahan merupakan fakta yang berasaskan logik dan rasional yang dijangka boleh diterima umum. Fakta penjelasan pula merupakan maklumat yang boleh memberikan nilai tambah kepada organisasi, barangan atau perkhidmatan. |