Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
moral (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan akhlak, budi pekerti, budi bahasa, kesopanan, kesantunan, sopan, santun, ketertiban, adab, baik perangai;,
Kata Terbitan : bermoral,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
moral philosophyfalsafah moralPendidikanTiadaTiada
ethicsetikaPentadbiranPentadbiran Awam

Prinsip moral atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan. Dalam falsafah moral, etika didefinisikan sebagai cabang falsafah mengenai nilai-nilai yang berhubung dengan sifat keinsanan iaitu kebenaran dan kebatilan tindakan tertentu, kebaikan dan keburukan matlamat sesuatu tindakan.

parablecerita ibaratKesusasteraanTiadaCerita yang singkat dan bersifat didaktik. Cerita ini bertujuan menyampaikan sesuatu prinsip agama, pengajaran moral atau hakikat umum dengan cara yang menarik. Pengarang cerita ibarat biasanya menggunakan perbandingan alegori atau persamaan antara unsur cerita dengan isu moral atau falsafah agar pengisahannya mudah difahami, hidup dan berkesan. Unsur pengajaran dalam cerita ibarat wujud secara tidak ketara. Naratif direka untuk memberikan penjelasan secara tersirat, umpamanya melalui analogi dengan peristiwa sebenar yang biasanya mengandungi nilai-nilai agama. Seperti yang terungkap dalam Bible, bentuk cerita ibarat merupakan kaedah pengajaran jesus yang terkenal, dan meninggalkan kesan yang berkekalan dalam tradisi alegori didaktif sastera Barat. Dalam sastera Timur, contoh yang ditemui dalam cerita berbingkai, Hikayat Bayan Budiman. Kisah ini merupakan rangkaian cerita ibarat yang dikisahkan oleh Burung Bayan kepada Bibi Zainab bagi mengelakkannya berbuat curang. Cerita ibarat juga mengandungi unsur fantas
ethicsetikaSejarahTiadaSubbidang ilmu falsafah yang membicarakan tentang perilaku atau moral semula jadi manusia.
platonic criticismkritikan platonikKesusasteraanTiadaKaedah kritikan yang memberikan tumpuan pada aspek kegunaan sastera seperti peranannya dalam mencapai tujuan moral dan agama. Kritikan ini tidak mementingkan nilai intrinsik karya, sebaliknya menitikberatkan nilai ekstrinsiknya. Kritikan ini berdasarkan falsafah plato (pada abad keempat SM). Dalam perspektif Platonisme, dunia zahir ialah bayarangan kepada dunia yang ideal. Kebenaran perkara dan objek material dalam dunia zahir ialah idea tentang perkara objek material tersebut atau sebaliknya. Justeru, seperti dunia zahir yang merupakan imitasi bagi dunia yang ideal, maka seni (termasuklah puisi) ialah imitasi bagi dunia zahir. Dalam konteks ini, puisi tetap merupakan bayangan kebenaran, walaupun sebenarnya kekeliruan. Lihat juga kritikan mimetik, mimesis.
new public administrationpentadbiran awam baruPentadbiranPentadbiran Awam

Satu aliran pemikiran semula pentadbiran awam. pemikiran ini bercirikan teori normatif, falsafah dan aktivisme dan memberikan tumpuan kepada nilai, etika, serta pembangunan sumber manusia dalam organisasi dengan menegaskan aspek moral dan ekuiti sosial. Aliran ini dipelopori oleh Dwight Waldo pada tahun 1986 melalui satu persidangan di Minnowbrook, Syracuse Amerika Syarikat yang diadakan secara khusus bagi mencari pendekatan baru pentadbiran awam.

bellum justumbellum justumUndang-undangUndang-undang AntarabangsaTeori perang adil yang menyatakan bahawa pihak yang berperang hendaklah mempunyai alasan yang wajar untuk berperang. Teori ini membezakan keadaan penggunaan senjata yang dibenarkan dan keadaan penggunaan senjata yang tidak dibenarkan. Teori ini dikaji oleh ahli-ahli teologi moral, ahli etika dan pembuat dasar antarabangsa yang menyatakan bahawa sesuatu konflik keganasan sepatutnya perlu memenuhi kriteria-kriteria falsafah, agama dan politik. Konsep bellum justum berasal daripada tradisi Romawi kuno yang diterima menjadi undang-undang perang oleh golongan Kristian pada abad ke-4, seperti Agustinus dan pada abad ke-17 oleh Hugo Grotius. Teori ini tidak lagi diamalkan pada masa kini. Pada abad ke-20, konsep keselamatan bersama diperkenalkan oleh Waad Liga Bangsa-Bangsa dan kemudiannya diperteguhkan dalam Piagam PBB yang melarang penggunaan kekerasan melainkan hanya untuk mempertahankan diri dan dengan kebenaran Majlis Keselamatan PBB. Sinonim peperangan adil.

Kembali ke atas