Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fa.na.tik] | فاناتيک

Definisi : (orang yg) keterlaluan pd sesuatu pegangan atau pendirian (biasanya berkaitan dgn keagamaan): Hj. Samad sangat ~ dlm hal agama; kefanatikan perihal fanatik: seniman pernah ditindas dan dipatahkan oleh hukum, ideologi, dan ~ manusia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fa.na.tik] | فاناتيک

Definisi : terlalu berlebihan kepercayaannya atau keyakinannya terhadap sesuatu ajaran (politik dll) hingga melampaui batas: Beliau memang ~ dlm politiknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fanatik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fanaticfanatik; taksubSejarahTiadaTiada
chauvinisticcauvinisSejarahTiadaSifat fanatik seseorang yang terlalu cintakan tanah air.
raprapMuzikTiada

 Naratif vokal yang diucapkan dengan rentak tertentu. Rap merupakan satu elemen budaya hip-hop yang muncul dalam masyarakat orang kulit hitam di kota New York pada tahun 1970-an. Rap telah diadaptasikan oleh remaja di serata dunia dengan menggunakan bahasa dan dialek masing-masing untuk meluahkan perasaan. Dalam budaya hip-hop, penyanyi rap memakai kemeja-T, seluar besar, kasut kanvas, topi besbol dan menari tarian break. Rap juga dinyanyikan oleh deejay di kelab tarian. Contohnya, lagu rap di Malaysia termasuklah Fanatik oleh KRU dan Alhamdulillah oleh Too Phat. Lihat juga hip-hop.


Kembali ke atas