pharmacological effect | kesan farmakologi | Farmasi | Farmakologi | Kesan daripada pengambilan drug yang mengakibatk:an perubahan fisiologi atau biokimia di dalam tubuh. Kesan farmakologi boleh dikelaskan kepada kesan dikehendaki dan kesan tidak dikehendaki. Kesan dikehendaki selalunya merujuk: kepada drug yang memberi kesan kebaikan dan dapat merawat sesuatu penyakit. Kesan tidak dikehendaki pula merujuk: kepada kesan-kesan drug yang lain, sama ada kesan memudaratkan, kesan tidak memudaratk:an atau kesan bermanfaat. Contohnya, pengambilan rifampisin untuk merawat tuberkulosis. Selain mempunyai kesan kebaikan, iaitu dapat membunuh mikroorganisma penyebab penyakit tersebut, ia juga boleh menimbulkan kesan lain yang tidak memudaratkan, seperti menyebabkan air kencing dan najis berubah warna. |
pharmacology | farmakologi | Farmasi | Farmakologi | Kajian menyeluruh mengenai sains dan aplikasi klinikal ubat-ubatan yang merangkumi kajian mengenai drug,sumber, sifat, kandungan dan termasuk juga aspek penyediaan, kegunaannya secara terapeutik serta tindakan-tindakan sesuatu drug. Farmakologi merangkumi farmakognosi, farmak:okinetik, farmak:odinamik, farmakoterapeutik dan toksikologi. |
pharmacotherapeutic | farmakoterapeutik | Farmasi | Farmakologi | Bidang farmakologi yang mengkaji penggunaan drug dalam rawatan penyakit. Kajian ini bertujuan menghasilkan bentuk rawatan terbaik yang merangkumi pemberian drug yang paling berkesan dengan kesan sampingan minimum serta kos yang berpatutan. |
intolerance | tak tolerans | Farmasi | Farmakologi | Ketidakmampuan individu terhadap kesan farmakologi sesuatu drug atau ubat. Pengambilan drug walaupun dalam kuantiti yang sedikit atau dos yang rendah akan memberi kesan yang melampau. Keadaan ini biasanya dipengaruhi oleh ciri-ciri genetik individu tetapi kes seperti ini jarang berlaku.Sekiranya berlaku, drug tersebut akan ditukar dengan drug jenis lain yang boleh diterima oleh pesakit. |
immunopharmacology | imunofarmakologi | Perubatan | Tiada | Satu subbidang farmakologi yang (mengkaji) merangkumi kesan farmakologi dan terapeutik ubat terhadap sistem imun humoral dan selular serta penggunaan ubat dalam rawatan penyakit atau masalah yang melibatkan sistem imun. Antara cabang imunofarmakologi ialah rawatan pemindahan organ, penyakit autoimun dan vaksin. |
mechanism of action | mekanisme tindakan | Farmasi | Farmakologi | Mekanisme sesuatu bahan aktif untuk menghasilkan kesan farmakologi ke atas organisma hidup atau sistem biokimia Suatu mekanisme tindakan selalunya merangkumi proses pengecaman reseptor oleh bahan aktif yang akanterikat pada reseptor tersebut dan seterusnya mempengaruhi tindakan biokimianya. Contohnya, mekanisme tindakan pengikatan morfin pada reseptor opioid untuk menghasilkan kesan analgesia. |
inhibitor | perencat | Farmasi | Farmakologi | Agen yang merencat tindakan suatubahan aktif melaluiikatan pada reseptor tertentu dan menyebabkan kesan farmakologi bahan aktiftersebut berkurangan atau dihentikan. Contohnya, aspirin menyekat sintesis prostaglandin dengan bertindak sebagai perencat enzim siklooksigenase. |
route of administration | laluan pemberian | Farmasi | Farmakologi | Kaedah pemberian sesuatu drug seperti melalui intravena, intraotot, intranasal, oral, rektal, subkutaneus, sublingua, topikal, intradermal, intratekal dan vagina bagi memberikan kesan farmakologi kepada tubuh manusia mahupun haiwan. Kaedah pemberian ini bergantung pada beberapa faktor seperti sifat fizikokimia sesuatu drug, umur pesakit dan kes kecemasan. Sinonim cara pemberian. |
genetic polymorphism | polimorfisme genetik | Farmasi | Farmakologi | Kelainan genetik yang berlalru dalam satu populasi yang mempengaruhi ciri fenotip. Kelainan ini berlalru pada satu lokus gen. Frelruensi polimorfisme genetik lebih tinggi daripada frenkuensi kelainan yang berlalru secara mutasi sahaja. Dalam farmakologi, keadaan ini mempengaruhi fannakokinetik dan fannakodinamik sesuatu drug terhadap seseorang individu. |
metabolite | metabolit | Farmasi | Farmakologi | Bahan perantaraan dan produk akhir yang terhasil daripada tindak balas metabolik termasuk bahan kimia yang terbentuk daripada biotransformasi sesuatu drug. Metabolit yang terhasil boleh bersifat aktif atau tidak aktif. Biasanya, hanya metabolit aktif yang terhasil daripada metabolisme sesuatu drug akan menghasilkan kesan farmakologi. |