Pertubuhan, syarikat atau badan yang melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang berorientasikan kepada matlamat kerajaan. Agensi sektor awam merupakan jentera pentadbiran yang menjalan dan melaksanakan hasrat serta objektif kerajaan berdasarkan garis panduan yang tertentu untuk menjamin kebajikan dan keselamatan orang ramai. Agensi ini boleh dikategorikan kepada pelbagai aspek seperti syarikat perniagaan, badan kebajikan, peningkatan produktiviti dan pembangunan masyarakat. Setiap agensi mempunyai bidang tugas dan tanggungjawab masing-masing, namun masih tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan. Contohnya, Dewan Bahasa dan Pustaka, FELDA, FINAS, BSN dan MARA.
Agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan bagi mengambil alih beberapa bidang tugas yang pernah dilaksanakan oleh jabatan kerajaan seperti sektor perindustrian, pertanian, kewangan, perniagaan, pendidikan, pembangunan wilayah, latihan dan sebagainya.Tujuan penubuhan perbadanan awam adalah untuk membolehkan kerajaan melibatkan diri secara langsung dalam bidang pembangunan sosioekonomi negara dan dalam aktiviti yang melibatkan sektor swasta tidak mahu menceburinya kerana kurang menguntungkan dan memerlukan modal yang besar. Perbadanan awam wujud berikutan peningkatan kehendak persekitaran, taraf hidup dan pembangunan ekonomi. Perbadanan Awam terbahagi kepada dua, iaitu Badan-badan Berkanun dan Badan-badan Bukan Berkanun. Antara contoh perbadanan awam di Malaysia ialah PKEN, BERNAS, PERNAS, FELDA, MARA dan FAMA.
Thanks for clicking. That felt good.