fluoride therapy | terapi fluorida | Pergigian | Tiada | Rawatan meletakkan fluorida topikal pada permukaan gigi dengan menyapu larutan yang berfluorida atau menggunakan ceper khas yang diisi dengan gel fluorida. Ion fluorida yang dibebaskan daripada larutan berfluorida akan diserap oleh struktur gigi dan menguatkannya. |
fluoride | fluorida | Kimia | Tiada | Sebatian sesua yang mengandungi fluorin dengan unsur lain. Fluorida logam bersifat ion, seperti natrium fluorida, Na+F-, manakala fluorida bukan loga bersifat kovalen, seperti fosforus triflourida, PF3. |
fluorine key pollutants | pencemar utama fluorin | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Pencemar udara yang terkandung di dalamnya unsur fluorin. Misalnya, hidrogen fluorida (HF) dan silikon fluorida (SiF4). Pencemar hidrogen fluorida berpunca daripada industri baja fosfat dan pemprosesan aluminium, manakala pencemar silikon fluorida berpunca daripada industri seramik dan baja. |
fluoride rinse | kumur berfluorida | Pergigian | Tiada | Bahan kumur mulut yang mempunyai ion fluorida. Ion fluorida dalam larutan ini akan diserap oleh struktur gigi dan menguatkan struktur gigi agar lebih resistan daripada tindakan asid. Oleh itu, insiden karies dapat dikurangkan. |
fluoride preparations | sediaan fluorida | Pergigian | Tiada | Campuran bahan kimia yang mempunyai ion fluorida yang digunakan dalam rawatan fluorida topikal. Campuran bahan ini boleh dimasukkan ke dalam ceper khas dan diletakkan pada permukaan gigi. Sediaan ini juga boleh disapu pada permukaan gigi dengan menggunakan pelet kapas. Sediaan fluorida terdapat dalam pelbagai perisa untuk mengurangkan rasa pahit. Ion fluorida akan diserap oleh gigi untuk memperkuat struktur gigi supaya lebih tahan terhadap tindakan asid dan mengurangkan kejadian karies. |
fluoride supplement | tambahan fluorida; bahan tambah fluorida | Perubatan | Tiada | Tiada |
topical fluoride | fluorida topikal | Perubatan | Tiada | Bahan mengandungi fluorida yang disapukan terus pada permukaan gigi untuk meningkatkan ketahanannya. Contoh: Natrium fluorida. |
sodium fluoride poisoning | keracunan natrium fluorida | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pendedahan kepada natrium fluorida (formula kimia, NaF). Ion fluorida bertindak sebagai racun sel secara langsung dengan mengganggu metabolisme kalsium dan mekanisme enzim. Natrium flourida membentuk mendakan dengan kalsium lalu merendahkan aras kalsium plasma. Kepekatan 1%-2% boleh menyebabkan keradangan dan nekrosis membran mukus. Had pendedahan ialah 0.002 mg/L, dan dos maut ialah 5 mg/kg - 10 mg/kg. Tanda utama keracunan ialah kakisan. Keracunan akut akibat pengingesan menyebabkan peliuran, loya dan muntah, cirit-birit, dan sakit abdomen. lni diikuti dengan keadaan lemah, terketar-ketar, pernafasan lemah, spasma karpopedal, dan konvulsi. Kematian disebabkan perlumpuhan pernafasan. Jika kematian tidak berlaku dengan segera, demam kuning dan oliguria mungkin terjadi. Penemuan postmortem ialah hiperemia serebrum dan edema, edema pulmonari, dan kemerosotan hati dan buah pinggang. Kematian akibat penyerapan lama menunjukkan penebalan struktur tulang disebabkan pengapuran dalam percantuman liga |
fluoride varnish | varnis berfluorida | Pergigian | Tiada | Bahan kimia dalam bentuk cecair pekat yang disapu pada permukaan gigi untuk mengurangkan rasa ngilu yang dialami oleh gigi. Varnis ini juga terdapat dalam pelbagai perisa untuk mengurangkan rasa pahit ion fluorida. Ion fluorida yang terkandung dalam cecair tersebut akan diserap oleh gigi dan menjalani proses remineralisasi untuk menghilangkan rasa ngilu. |
dietary fluoride | fluorida diet | Perubatan | Tiada | Fluorida yang terdapat dalam diet. |