melamine-formaldehyde | melamina-formaldehid | Kejuruteraan | Polimer | Polimer rangkaian daripada pempolimeran penambahan melamina dengan formaldehid. Contoh jenama komersial melamina-formaldehid ialah Melmac dan Formica. |
formaldchyde | formaldehid | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Formula HCHO. Gas yang larut dalam air pada suhu bilik dan dihasilkan daripada pengoksidaan metil alkohol. Aldehid ini menjadi koponen utama kebanyakan perekat kayu dan bahan plastik. Misalnya, perekat fenol formaldehid dan urea-formaldehid |
exterior plywood | papan lapis luar | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Papan lapis yang dilekatkan menggunakan perekat kalis air seperti fenol formaldehid dan resorsinol formaldehid untuk menghasilkan ikatan yang tahan kepada pendedahan yang berpanjangan di persekitaran lampau dan juga serangan mikroorganisma. Papan lapis jenis ini banyak digunakan untuk struktur luar, seperti dalam pembuatan bot laju dan karavan. |
formaldehyde solution | larutan formaldehid | Kimia | Tiada | Larutan formaldehid dalam air, dengan julat kekuatan dari 37% hingga 50%. |
aniline formaldehyde | anilina formaldehid | Kimia | Tiada | Resin sintetik yang terbentuk melalui polikondensasi anilina dengan formaldehid. |
adhesive | perekat | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Bahan yang boleh melekatkan dua bahan pepejal atau lebih secara pertaupan permukaan supaya menjadi satu unit. Ada dua jenis perekat iaitu perekat semula jadi seperti kanji, albumin dan damar; dan perekat buatan seperti urea formaldehid, melamin formaldehid, dan epoksi. |
film adhesive | perekat filem | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Perekat dalam bentuk kepingan kertas nipis yang telah dicelup atau disalut pada kedua-dua permukaannya dengan resin. Misalnya, kertas yang disalut dengan perekat fenol formaldehid atau melamin formaldehid. |
gap-filling adhesive | perekat pengisi ruang | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Perekat yang berkeupayaan mengisi ruang dan melekatkan dua permukaan kayu yang tidak rapat dan tidak bersentuhan, akibat tekanan yang tidak mencukupi atau kesilapan pemadanan. Contoh perekat ialah fenol-resorsinol-formaldehid, atau resorsinol formaldehid. |
formaldehyde | formaldehid | Kimia | Tiada | Tiada |
formaldehyde | formaldehid | Perubatan | Tiada | Bahan kimia berbentuk cecair, atau gas, HCHO, yang digunakan sebagai antiseptik atau larutan untuk mengawet spesimen patologi. |