Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[for.mat] | فورمت

Definisi : 1. bentuk dan rupa serta ukuran (saiz) tertentu sesebuah naskhah yg dicetak; 2. gaya atau susunan sesuatu rancangan penerbitan (mis siri TV) yg dipersembahkan; memformatkan menyediakan (mengatur dsb) mengikut sesuatu format: teks juga boleh diformatkan supaya lebih tersusun; pemformatan perihal (proses, perbuatan dsb) memformatkan: para penterjemah banyak menghabiskan masa membuat kerja penyuntingan, ~ dokumen, dan kerja yg berkaitan dgn leksikografi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[for.mat] | فورمت

Definisi : 1 bentuk, rupa dan ukuran (saiz) sesebuah buku, akhbar dsb. 2 gaya atau susunan persembahan sesuatu rancangan penerbitan, mis siri televisyen. 3 gaya persembahan sesuatu rencana, tugasan dsb. 4 ist susun atur data atau atur cara komputer. memformatkan membuat atau mengurus sesuatu supaya mengikut format: Dia ~ karangannya mengikut sebagaimana yg dikehendaki. pemformatan perbuatan atau proses memformatkan: Dia membuat kerja penterjemahan dan ~ dokumen. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata format


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
PICT file formatformat fail PICTTeknologi MaklumatTiadaFormat fail yang dibangunkan oleh syarikat Apple Computer pada tahun 1984 sebagai format grafik Macintosh. Format ini boleh digunakan untuk imej bitmap atau imej vector. Format fail ini ialah format pemampatan tak susut yang mengekalkan tahap kualiti gambar pada setiap salinan. Format ini adalah seperti format .tiff .
PICT file formatformat fail PICTTeknologi MaklumatTiadaFormat fail yang dibangunkan oleh syarikat Apple Computer pada tahun 1984 sebagai format grafik Macintosh. Format ini boleh digunakan untuk imej bitmap atau imej vector. Format fail ini ialah format pemampatan tak susut yang mengekalkan tahap kualiti gambar pada setiap salinan. Format ini adalah seperti format .tiff .
tape formatformat pitaKomunikasiTiadaKaedah untuk mengenal pasti pita rakaman audio atau video. Contohnya, format pita audio yang sering digunakan ialah 1/4, 1/5 atau 1 inci. Bagi format pita video pula format yang digunakan ialah format VHS atau format U-matik yang mempunyai kelebaran 3/4 inci.
academy formatformat akademiKomunikasiTiadaFormat atau standard peralatan yang digunakan untuk menerbitkan filem. Format ini telah ditetapkan oleh Akademi Seni dan Sains Wayang Gambar Amerika Syarikat.
joint photographic experts group (JPEG)kumpulan pakar fotografi bersama (JPEG)Teknologi MaklumatTiadaJawatankuasa yang menentukan piawai untuk format fail grafik. Format fail JPEG ialah format fail yang menyimpan imej peta bit. Format fail ini ialah format fail yang dimampat dengan kehilangan sedikit kualiti semasa pemampatan. JPEG merupakan format web yang popular untuk gambar bersaiz kecil. JPEG adalah fail format untuk .jpg, .jpeg dan .jpe.
alphanumeric formatformat abjad angkaTeknologi MaklumatPerisianFormat yang membenarkan data jenis abjad angka dimasukkan ke dalam sistem. Contohnya, kata kunci yang menggunakan format abjad angka.
Betamax formatformat BetamaxSosiologiTiadaFormat pita video yang jarang digunakan di Malaysia tetapi amat berguna untuk penyuntingan video.
seminar formatformat seminarKomunikasiTiadaFormat yang digunakan dalam pengendalian sesebuah seminar.
magazine formatformat majalahKomunikasiTiadaFormat program yang menyiarkan bahan berita atau hal ehwal semasa secara lebih panjang dan terperinci. Contohnya, rancangan Majalah Tiga.
vertical formatformat tegakPendidikanTiadaFormat suatu halaman, gambar atau lukisan yang ukuran menegaknya lebih panjang daripada ukuran mendatar.
12345678910...

Kembali ke atas