drone photography | fotografi dron | Fotografi | Tiada | Perakam imej dalam bentuk gambar atau video dengan menggunakan alat perakam udara yang dikendalikan oleh alat kawalan jauh. |
double emulsion film | filem emulsi ganda dua | Kejuruteraan | Tiada | Filem fotografi yang mempunyai emulsi fotografi di kedua belah muka. |
air photography | fotografi udara | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Proses pengambilan foto udara secara melintang dan menegak yang dilakukan secara patah balik bagi mendapatkan gambar tiga dimensi dengan menggunakan kaedah stereoskopik. Perbezaan topografi ditentukan melalui tanda bayang, tanda tanih dan tanda tumbuh-tumbuhan. Kini, gambar satelit lebih banyak digunakan berbanding dengan fotografi udara. Fotografi udara mula diperkenalkan oleh Crawford di Britain. |
aerial photography | fotografi aerial | Pertanian | Agroteknologi | Teknik mengambil gambar permukaan bumi secara sistematik dari aras yang tinggi, seperti dari pesawat, belon udara atau satelit. Fotografi aerial digunakan untuk menghasilkan peta topografi, iklan perdagangan, dan turut digunakan dalam kerja-kerja tinjauan dan pengintipan. Dalam bidang pertanian, fotografi aerial inframerah digunakan untuk mengesan kawasan tanaman yang diserang penyakit atau perosak atau yang mengalami tegasan air. |
abstract photography | fotografi abstrak | Komunikasi Massa | Fotografi | Tiada |
still photography | fotografi pegun | Komunikasi | Tiada | Fotografi yang menggunakan kamera pegun untuk merakam imej bersifat hitam-putih atau warna untuk dijadikan gambar pegun. |
underwater photography | fotografi dalam air | Komunikasi | Tiada | Fotografi yang yang dilakukan di dalam air untuk merakamkan subjek. |
x-ray photography | fotografi sinar x | Komunikasi | Tiada | Fotografi yang terhasil dengan menggunakan sinaran elektromagnet yang mampu menembusi benda padat. |
photographic copying | penyalinan fotografi | Pendidikan | Tiada | Proses membuat salinan gambar dengan menggunakan kaedah fotografi. |
director of photography | pengarah fotografi | Komunikasi | Tiada | Orang yang bertanggungjawab dalam semua aspek fotografi termasuk aktiviti pencahayaan, menentukan jenis-jenis tangkapan bersama-sama dengan pengarah seni dalam membuat rakaman gambar. |