ice rafting | perakitan ais | Kejuruteraan | Petroleum | Pengangkutan sedimen dan fragmen-fragmen batuan yang dilakukan oleh ais yang terapung dan bergerak. Biasanya berlaku di daerah yang banyak terdapat ais terapung misalnya di daerah kutub. |
contig | kontig | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Jujukan munasabah yang terhasil daripada susunan jujukan DNA atau fragmen-fragmen DNA yang bertindih. Lihat juga penggabungjalinan genom. |
genome assembly | penggabungjalinan genom | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kaedah pembinaan semula jujukan asal genom organisma. Fragmen-fragmen DNA yang terhasil melalui proses pemecahan genom disusun semula untuk menghasilkan kontig-kontig dengan menggunakan perisian komputer. Pertindihan kontig-kontig ini menghasilkan perancah yang mempunyai jurang di antaranya. Seterusnya, jujukan DNA sebenar pada jurang-jurang ini ditentukan menggunakan kaedah pemetaan optikal atau penjujukan DNA. |
shotgun sequencing | penjujukan pecah selerak | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kaedah menentukan jujukan DNA sesuatu genom organisma. Penjujukan pecah selerak melibatkan pembahagian genom kepada jujukan fragmen-fragmen DNA yang kecil. Perisian komputer tertentu menggunakan pertindihan jujukan DNA tersebut untuk menghasilkan semula jujukan yang betul seperti genom organisma asal. |
chromosome walking | penjejakan kromosom | Bioteknologi | Tiada | Teknik analisis dalam pemetaan gen yang bergantung pada pemilihan berjujukan klon molekul yang bertindihan untuk meluaskan sela kromosom yang besar. Fragmen-fragmen klon yang mempunyai gen yang diradiolabel digunakan sebagai prob dalam uji kaji penghibridan in situ dengan penyediaan sitologi kromosom politin. Satu set rawak DNA yang diklonkan dengan cara ini dikenal pasti dan satu daripadanya dipilih dari kawasan yang berdekatan dengan set yang diingini. Perpustakaan genom disaring dengan klon yang dipilih sebagai prob untuk mengecam klon-klon lain yang bertindihan dengannya. Pertindihan ini mungkin berlaku dari kiri atau kanan. Langkah ini dapat diulangi di sepanjang kromosom yang diingini. |
linker | perangkai | Bioteknologi | Tiada | Fragmen oligonukleotida dupleks sintesis yang pendek. Fragmen ini mengandungi sasaran bagi sesetengah enzim pengehad dan dapat ditambah pada penghujung fragmen DNA yang disediakan melalui pemecahan dengan menggunakan enzim lain semasa membina rekombinan DNA. |
passage | fragmen | Kesusasteraan | Puisi | Petikan yang bersifat penggalan atau bahagian sesebuah puisi, terutama puisi yang panjang dan berbentuk naratif. Biasanya fragmen itu dipetik daripada bahagian yang penting dan boleh menarik minat pembaca. |
restriction fragment length polymorphism | polimorfisme panjang jalur terpotong | Sains Forensik | Tiada | Teknik untuk menganalisis perbezaan saiz fragmen DNA yang dipotong oleh enzim pengehad. Enzim ini akan memotong sampel DNA di tapak pemotongan yang dikenali. Selepas fragmen dipisahkan melalui elektroforesis, satu profil corak fragmen DNA akan terhasil. Teknik ini digunakan dalam pemprofilan DNA forensik pada tahun 1985–1995 sebelum digantikan dengan teknik PCR yang memeriksa ulangan tandem pendek (STR). Singkatan RFLP. |
band shift | anjakan jalur | Sains Forensik | Tiada | Fenomena fragmen DNA dalam satu laluan gel bergerak pada kadar yang berbeza dengan fragmen secaman di laluan lain pada gel yang sama. Anjakan ini boleh menyulitkan interpretasi data DNA terutama jika sumber asal DNA telah mengalami degradasi. |
microarray | mikrotatasusunan | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Himpunan tompokan fragmen DNA yang terlekat di atas permukaan cip kaca, yang direka bentuk secara khusus untuk analisis mikrotatasusunan. Tompokan fragmen DNA ini mewakili keseluruhan set gen sesuatu organisma yang tersusun dalam corak grid untuk kegunaan ujian genetik. Lihat juga analisis mikrotatasusunan. |