SO galaxy | galaksi SO | Matematik | Tiada | Kelas galaksi yang kelihatan sebagai perantaraan di antara galaksi pusar dengan galaksi elip, yang mempunyai nukleus pusat dan awal cakera, tetapi tidak memperlihatkan atau tidak mempunyai bukti sebagai berstruktur pilin, yang terdiri daripada bintang tua dan amat kurang gasnya, walaupun kadang-kadang terdapat asap gelap di dalam cakeranya. |
regular galaxy | galaksi biasa | Matematik | Tiada | Semua galaksi luar yang mempunyai simetri putaran, yakni galaksi elips dan galaksi pilin. |
population II | populasi II | Matematik | Tiada | Kelas bintang yang terdiri daripada bintang tua merah yang terdapat di mana-mana bahagian galaksi elips dan lentisel dan di galaksi pilin, di pusat galaksi, di sekeliling halo galaksi dan di cakera yang wujud bersama satah galaksi. |
satellite galaxy | galaksi satelit | Matematik | Tiada | Galaksi kecil yang mempunyai hubungan fizikal dengan galaksi yang lebih besar. Bimasakti mempunyai dua galaksi satelit: Awan Magellan dan galaksi Andromeda. |
external galaxy | galaksi luaran | Matematik | Tiada | Nebula luar galaksi, yang sekarang ini dikenal sebagai satu lagi galaksi, seperti Bimasakti kita sendiri. Pada suatu masa dahulu galaksi ini dikenal sebagai alam semesta pulau. |
group of galaxies | kumpulan galaksi | Matematik | Tiada | Kumpulan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya 17 galaksi yang diketahui, yang kesemuanya mengisi ruang yang berbentuk elips dan yang terpanjangnya 2 000 000 tahun cahaya. Galaksi pilin Andromeda merupakan yang paling besar dalam kumpulan tersebut, manakala galaksi Bimasakti merupakan yang kedua terbesar. Kedua-dua galaksi ini berhampiran pada hujung yang bertentangan yang jaraknya 2 juta tahun cahaya. |
extragalactic HII region | kawasan HII luar galaksi | Matematik | Tiada | Awan gas terion panas yang terpencil dalam ruang galaksi luar dan dipercayai mengandungi gas antara galaksi yang mula mengkondensasi menjadi bintang dan mungkin akan menjadi galaksi kerdil tak sekatan. |
Galaxy (Milky Way System) | Galaksi (Sistem Bimasakti) | Matematik | Tiada | Sistem bintang yang sangat besar. Matahari menjadi anggota atau komponennya. Galaksi ini berbentuk pusar dan seperti galaksi pusar yang lain ia juga sangat leper. Di dalam galaksi ini terdapat kira-kira 100 ribu juta bintang. |
lenticular galaxy | galaksi kekanta | Matematik | Tiada | Galaksi SO dan juga mana-mana galaksi yang bentuknya seakan-akan kanta dwicembung. |
peculiar galaxies | galaksi janggal | Matematik | Tiada | Galaksi yang tidak menepati skema pengelasan galaksi normal. |