gambaran | gambaran | Kesenian | Tiada | Gambaran kasar pada kertas atau papan lapis yang biasanya dibuat sebelum mengukir. |
simultaneous representation | gambaran serentak | Kesenian | Tiada | Gambaran figur atau objek dari beberapa sudut dalam gambaran yang sama pada lukisan. |
Schroedinger picture | gambaran Schroedinger | Fizik | Mekanik Kuantum | Gambaran yang memerihalkan sistem mekanik kuantum yang keadaan dinamiknya disajikan oleh vektor yang berubah dengan perjalanan masa sedangkan kuantiti fiziknya diwakili oleh pengoperasi pegun. Lihat juga: gambaran Heisenberg. |
desmoid tumour | tumor desmoid | Perubatan | Tiada | Tumor berfiber dan terbendung, berasal daripada selaput otot, gambaran histologinya adalah gabungan gambaran histologi fibroma dan fibrosarkoma. |
corporate identity | identiti korporat | Komunikasi | Korporat | Gambaran mengenai sesebuah syarikat atau organisasi yang diterima oleh khalayak. Gambaran ini bersumber daripada lambang dan pernyataan yang dipaparkan atau tercatat bagi mewakili sesebuah syarikat atau organisasi. Gambaran ini wujud dalam unsur yang digabungkan untuk membentuk identiti atau keperibadian sesebuah syarikat. Antaranya termasuklah logo, warna, nama, slogan, pakaian seragam, reka bentuk bangunan, piagam pelanggan, dan falsafah organisasi. Sebarang bentuk pengiklanan, publisiti, kempen, promosi atau pengendalian aktiviti yang dilakukan oleh syarikat yang perlu mengandungi unsur tersebut bagi memastikan sesuatu yang dilakukan itu mencerminkan keperibadian syarikat berkenaan. Syarikat tersebut tidak menyokong sebarang aktiviti, projek, atau kempen yang bertentangan dengan falsafah organisasi. Identiti korporat yang stabil dan baik akan dapat mewujudkan tanggapan dan kepercayaan positif dalam khalayak terhadap syarikat. Tanggapan dan kepercayaan yang baik akhirnya akan menghasilkan citra korporat yan |
eidetic imagery | gambaran eidetik | Kesenian | Tiada | Gambaran pada lukisan yang berdasarkan rasa hati atau perasaan tentang rupa sesuatu. |
frontal depiction | gambaran depan | Kesenian | Tiada | Gambaran figur manusia dari bahagian hadapan. |
snow storm appearance | gambaran bak ribut salji | Perubatan | Tiada | Gambaran radiograf sesuatu kawasan seperti dalam penyakit sjogren. |
life like portrayel | gambaran seakan hidup | Kesenian | Tiada | Lukisan benda yang menyerupai gambaran benda sebenar. |
picture in our head | gambaran dalam fikiran | Komunikasi | Tiada | Andaian yang menyatakan bahawa komunikasi merupakan proses menyampaikan gambaran daripada fikiran seseorang kepada orang lain. Teori ini diperkenalkan oleh Walter Lippmann di dalam bukunya yang bertajuk Public Opinion. |