Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gang.guan] | ݢڠݢوان

Definisi : 1. perbuatan mengganggu (mengusik dsb), usikan, godaan; 2. sesuatu yg mengganggu (mengacau, menghalang, menyusahkan, dsb), halangan; ~ fikiran keadaan jiwa (perasaan atau minda) yg tidak tenteram, cemas, bercelaru dsb akibat sesuatu tekanan, terutamanya faktor luaran atau persekitaran; ~ mental (Ubat) sebarang penyakit atau keadaan seseorang, yg berlaku akibat perubahan organik atau tak organik pd otak, yg seterusnya mengganggu fungsi otak; ~ seksual perlakuan yg kurang disenangi melalui kata-kata, isyarat, sentuhan dsb yg berunsur seks, mis kata-kata lucah, meraba dsb, biasanya dilakukan berulang-ulang, terutamanya oleh orang lelaki terhadap wanita; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gang.guan] | ݢڠݢوان

Definisi : apa-apa yg mengganggu; sesuatu yg menyusahkan dll; halangan. ~ fikiran gangguan yg berlaku pd fikiran seseorang yg menyebabkan dia berasa tidak tenteram, fikirannya cemas atau bercelaru akibat sesuatu tekanan atau masalah yg dihadapi. ~ jiwa gangguan yg berlaku pd jiwa (batin) seseorang. ~ seksual perlakuan yg kurang disenangi melalui kata-kata, isyarat, sentuhan dsb yg berunsur seks, mis kata-kata lucah, perbuatan meraba, yg biasanya dilakukan berulang-ulang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gangguan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
congeliturbationkongeliturbasiGeologiTiadaTindakan umum gangguan-gangguan fros pada permukaan tanah.
random noisehingar rawakFizikAkustikHingar yang dicirikan oleh gangguan-gangguan fana yang bertindihan secara rawak.
glutethimideGlutethimidePerubatanTiadaUbat yang diberikan melalui mulut, untuk merawat insomnia dan gangguan-gangguan tidur lain.
chiasma interferencegangguan kiasmaBiologiGenetikGangguan pindah silang pada satu kawasan kromosom yang disebabkan oleh kehadiran kiasma lain pada bahagian kromosom yang berdekatan. Gangguan ini terbahagi kepada gangguan positif yang berlaku apabila terdapat kurang kiasma daripada bilangan yang dijangka atau gangguan negatif apabila terdapat lebih kiasma daripada yang dijangka.
static arthropathyartropati statikPerubatanTiadaGangguan sesuatu sendi akibat gangguan sendi lain yang terdapat pada anggota yang sama. Misalnya, gangguan pada sendi lutut yang disebabkan oleh gangguan pada sendi pinggul anggota yang berkenaan.
dysrhythmiadisritmiaPerubatanTiadaGangguan rentak, misalnya gangguan rentak pertuturan.
porphyriaporfiriaPerubatanTiadaSekumpulan gangguan yang disebabkan oleh gangguan metabolisme porfirin.
interference fitspemasangan gangguanKejuruteraanTiada1. Pemasangan gangguan: Keadaan terdapatnya baki negatif yang menyebabkan gangguan di antara lubang terbesar yang dibenarkan dengan aci terkecil yang dibenarkan, apabila aci lebih besar daripada lubang.
civil disordergangguan awamUndang-undangTiadaGangguan yang melibatkan keganasan yang disebabkan oleh sekumpulan orang dan gangguan itu membawa bahaya atau mengakibatkan kerosakan atau kecederaan.
communication interferencegangguan komunikasiKomunikasiTiadaGangguan yang berlaku dalam proses komunikasi akibat masalah yang berlaku pada komponennya seperti gangguan sumber, mesej, saluran, penerima dan persekitaran.
12345678910...

Kembali ke atas