Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Mn; pitis ~ wang keping (Inggeris). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata garis II


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
arbitrary constantpemalar sembaranganMatematikTiadaSimbol yang mewakili nilai pemalar yang belum ditetapkan. Contoh; (i) Dalam persamaan kuadratik ax2 + bx + c = 0, simbol a, b, dan c merupakan pemalar sembarangan. (ii) Garis yang selari dengan garis y = x mempunyai persamaan y = x + c dengan simbol c mewakili suatu pemalar sembarangan.
enlargementpembesaranMatematikTiadaPenjelmaan yang mempunyai satu titik tetap, (yang dikenali sebagai pusat pembesaran) manakala titik-titik lain pada satah bergerak dari titik tetap itu mengikut nisbah tertentu. Nisbah pembesaran disebut faktor skala. Ciri-ciri pembesaran ialah: (i) Garis-garis yang menyambungkan pasangan titik yang sepadan pada objek dan imejnya bertemu di pusat pembesaran; (ii) Objek dan imej adalah serupa; (iii) Jika faktor skala > 1, saiz imej adalah lebih besar daripada saiz objek; (iv) Jika faktor skala < 1, saiz imej adalah lebih kecil daripada saiz objek; (v) Jika faktor skala = 1, imej ialah objek itu sendiri.
shearingricihanMatematikTiadaPenjelmaan yang mempunyai sifat-sifat berikut: (i) Adanya satu garis tak varian; semua titik pada garis ini tidak berubah, (ii) setiap titik yang tidak berada pada garis tak varian bergerak selari dengan garis tak varian dan jarak gerakan itu berkadar dengan jarak titik itu dari garis tak varian. Contoh: ricihan dengan paksi-x sebagai garis tak varian dan faktor k. Titik A (1, 0) tidak berubah dan titik C(0, 1) dipetakan kepada C’(k, 1). Matriks bagi ricihan ini ialah .
obliqueserongMatematikTiadaYang tidak mencancang dan tidak mengufuk; yang bukan sudut tegak atau gandaannya. Contoh: (i) Segi tiga serong ialah segi tiga dengan semua sudutnya bukan sudut tegak. (ii) Dua garis yang serong merupakan garis yang tak serenjang dan juga tak selari.
reflectionpantulanMatematikTiadaPenjelmaan yang membalikkan titik-titik satu satah terhadap suatu garis yang dikenali sebagai paksi pantulan. Ciri-ciri pantulan ialah: (i) Objek dan imej berada pada sebelah yang bertentangan dengan paksi pantulan; (ii) Objek dan imejnya mempunyai jarak yang sama dari paksi pantulan; (iii) Bentuk dan saiz imej adalah sama dengan objek, tetapi orientasinya terbalik; (iv) imej bagi suatu titik yang ada pada paksi pantulan ialah titik itu sendiri.
dichotomy of politics and administrationdikotomi politik-pentadbiranPentadbiranPentadbiran Awam

Satu pembahagian yang menjelaskan bidang kuasa di antara pentadbiran dengan politik. Pentadbiran lebih kepada pengurusan hendaklah berasingan dengan politik yang berkait rapat dengan pembuatan dasar atau polisi. Politik pada asasnya merupakan kegiatan yang berkaitan dengan parti politik, kuasa politik dan bagaimana menggunakan kuasa itu. Pentadbiran pula merupakan perjalanan kerajaan sehari-hari dan berkaitan dengan keamanan supaya negara tidak huru-hara. Jelasnya bahawa pentadbiran memelihara keadaan semasa dan tidak ada kaitan secara langsung dengan parti. Politik berkait rapat dengan pembuatan dasar manakala pentadbiran adalah berkaitan dengan segala pelaksanaan dasar atau polisi serta mengenakan batasan-batasan tertentu terhadap setiap pelaksanaan tersebut. Pengasingan politik daripada pentadbiran mempunyai dua andaian dasar iaitu, (i) Politik boleh dipisahkan daripada pentadbiran, dan (ii) Pentadbiran boleh dikembangkan menurut garis-garis saintifik.

law of motionhukum gerakanMatematikTiadaHukum yang merujuk tiga hukum gerakan Newton yang menegaskan bahawa: i. Setiap jasad kekal dalam keadaannya yang tenat dalam keadaannya yang bergerak secara sekata dalam garis yang lurus, melainkan jika dipaksa menukarkan keadaan itu oleh daya yang dikenakan terhadapnya. ii. Pecutan adalah berkadar langsung dengan daya tetapi berkadar songsang dengan jisim jasad, dan berlaku dalam arah garis lurus daya tindak. iii. Kepada setiap tindakan sentiasa terdapat tindak balas yang sama tetapi berlawanan.
orthogonal projectionunjuran ortogonMatematikTiadaTitik-titik persilangan suatu satah dengan normal-normal satah itu yang melalui tata rajah atau objek. Contoh: (i) katalah AB suatu tembereng garis di sebelah atas satah S. Jika P dan Q ialah titik pada satah S supaya AP dan BQ normal kepada satah S, unjuran ortogon bagi AB kepada satah S ialah tembereng garis PQ. Setiap titik pada PQ merupakan persilangan antara satah S dengan normal kepada satah S yang melalui satu titik pada AB. RUJUK RAJAH M.S. 155 (ii) pelan sesuatu objek di atas satah mengufuk merupakan unjuran ortogon bagi objek itu kepada satah mengufuk. Lihat juga unjuran.

Kembali ke atas