Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gey] | ݢيئي

Definisi : lelaki yg mempunyai tarikan seksual terhadap kaum sejenisnya, lelaki homoseksual. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gay


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
gayhomoseksPsikologiTiadaTiada
Gay-Lussac's lawhukum Gay-LussacFizikTiadaTiada
Gay-Lussac's lawhukum Gay-LussacKejuruteraanTiadaTiada
Gay-Lussac’s lawhukum Gay-LussacFizikModenLihat hukum Charles.
Charle’s lawhukum CharlesFizikModenHukum yang menyatakan bahawa pada tekanan malar, isi padu sesuatu jisim kuantiti gas akan berubah secara langsung dengan suhu mutlak. hukum Gay-Lussac.
bassadanzabassadanzaMuzikTiada

 Tarian popular di istana Perancis pada abad ke-15 dan abad ke-16. Bassadanza biasanya bermeter dupel atau tripel. Bassadanza juga berkemungkinan dalam gabungan meter dupel dan tripel. Bassadanza dalam tempo tripel dikenali sebagai branle gayTernponya perlahan dan mungkin diikuti tarian lain yang bertempo laju. Bassadanza melibatkan tmprovisasi berdasarkan muzik lain yang sudah wujud atau cantus firmus pada lapis tenor. Contohnya, Danseries a 4 Parties, Second Livre dan Basse Danse, No. I oleh Attaingnant (lebih kurang tahun 1494-1551).

laudalaudaMuzikTiada

 Lagu suci Zaman Pertengahan. Teksnya dalam bahasa Itali. Lauda pada abad ke-13 bertekstur monofoni dan mengandungi bahagian ulangan dalam gaya ballata. Manakala lauda abad ke-14 pula bertekstur polifoni dan lebih mirip kepada gay&frottola. Sinonim laude.

ballad operaopera baladaMuzikTiada

 Opera yang berasal dari England. Dialog dan lagu dipersembahkan secara bergilir-gilir. Kadangkala lagu tradisional dan popular dipinjam dan disesuaikan serta digantikan dengan teks baru. Kandungan teks biasanya tentang isu politik, sosial dan ekonomi semasa. Contohnya, Beggar's Opera (1728) oleh John Gay.

pastoralpastoralKesusasteraanTiadaPuisi yang memerikan keadaan hidup desa yang sederhana, tenang, unggul, nostalgik dan secara tidak langsung mengkritik kehidupan kota. Puisi ini biasanya membawa unsur yang berikut: (a) Dialog atau pertandingan nyanyian antara dua orang gembala kambing. (b) Monolog yang berupa mimpi atau angan-angan gembala kambing. (c) Percintaan desa yang gagal atau berjaya. (d) Ratapan kematian seorang gembala kambing. Pada Zaman Renaissance, pastoral menjadi lebih mantap dengan membawa tema daripada kitab Injil dan kehidupan desa untuk menyampaikan mesej yang serius. Pastoral menggunakan unsur latar dan suasana daripada kedua-dua sumber tersebut untuk tujuan satira. Contohnya, Shepherd�s Calendar oleh Spenser dan Shepherd�s Week oleh John Gay. Sesetengah penyair menggunakan pastoral untuk menggambarkan kehidupan yang sederhana, contohnya karya bertajuk Lycidas oleh Milton dan Michael, dan A Pastoral Poem oleh Wordsworth. Pastor berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud �gembala kambing�. Lihat juga idil.

Kembali ke atas